Masa nak baring je tu... (bersambung) kahkahkahkah. sambung nanti la. penat dah type. lagipun dah 12.30, nak pergi lunch. hahahaha.
Masa nak baring je tu, terus mummy rasa mcm terkencing. masa ni dah gelabah gila la apesal aku kencing atas katil lepas tu tak boleh nak tahan kencing. eh, ni air ketuban ke? ni ape niii?? since tak pernah tau rupe air ketuban macam mana sebab masa medina doctor yang pecahkan ketuban lepas tu tak rasa pun air ketuban tu mengalir. tapi masa noah ni dia pecah sendiri.. so dapat lah rasa macam mana rupa air ketuban tu. tak la aku tgk rupa air ketuban tu, ohh gini rupa kau mana mata mana hidung kau. idok le gituuu.. tau la dia panas lepas tu banyak gila licin-licin sikit.
aku pun cecepatlah p bilik ayor (ate tetiba jadi orang perak peghak penangan tengok hantu kak limah kat astro first semalam). aku pun pesanlah kat laki aku suruh uruskan anak aku yang tak jadi tido tu lalu bergembira lompat atas katil sebab buka lampu bilik semula dia tak payah tido macam diharap-harap tu. dia tak tau jap lagi nak kena hantar kat rumah umi. tq umi tolong jaga kakak walaupun dah pukul 12tengah malam. aku pun uruskanlah diri sendiri yadayada.
So dalam pukul 12 lebih tu kitorang gerak la p HSI sambil meninggalkan medina kat rumah umi yang menangis kesedihan tak dapat ikut. kat HSI check bukaan baru 1-2cm macam tu, lepas tu ada Doc perempuan very nice woman datang and tolong buat bukaan jadi 3cm lepas tu masuk labour room. masa ngandung noah ni memang tak kuat makan, so before masuk labour room tu nurse suruh makan dulu aku yang tak berselera nak makan ni makan sikit ajelah roti dengan air lepas tu terus serah diri ikut nurse p labour room. tak lama sampai labour room tu laki aku pun masuk teman sekali. contraction baru start datang slow-slow. tp sakit dia manageable lagi. maksudnya masih boleh control nafas and waras lagi.
Sambil perut kena ikat dengan tali utk check ctg baby gedung gedang gedung gedang tu, berlalu la masa kepada pukul 11 pagi, bukaan dah jadi 4cm, so tunggu lagi. before that nurse offer nak epidural tak, dan disebabkan check bukaan pun aku tak tahan sakit, aku pun grab the offer ambil epidural. Lepas tu langsung tak sakit dah bila contraction datang. sambil-sambil ni aku dah lalok tido dah sebab pagi tu nurse yang jaga aku tu ada offer bg ubat ngantuk so aku akan tido and kurangkan rasa sakit tu. see, semua aku ambil. memang aku ni tak tahan sakit orangnya.
long story short, pukul 11 tu last progress bukaan which is 4cm. lepas tu terus takda progress dah. since aku ada history first baby dulu czer, so doctor cakap tak advise untuk tunggu dah sebab dari pukul 2 pagi semalamnya sampai pukul 5 lebih macam tu total hour dah more than 12hour. Ikut report doctor yang scan masa nak allowed untuk cuba vbac masa 36weeks dulu, dia advise 10hours je and 1 time induce. lagi pun air ketuban dah pecah takut risiko jangkitan kuman pada baby. Aku yang dah redha ni setuju jela proceed czer.
So, lepas husband dah sign and aku dah ready, pukul 7 aku ditolak ke OT room. masa ni dah berani sikit la sebab dah ada pengalaman pertama tapi bukan berani sangat macam ekeleh belah perut je pun. tak takkk. aku masih takut cuma dah tak pikir negatif macam mana pertama kali dulu. Tapiiii.....
kita sambung part 3 iaitu part akhir ye. sebab da pukul 10.20 nak pergi pam susu bekalan noah dikemudian hari. hahaha. yes, aku still dengan niat sama macam kakak dia dulu nak fully breastfeed anak sampai 2 tahun. kita sambung entri akan datang dengan...
Tapiiii.....
ek eleh.. boring la dengar cite dia ni. baru type sikit dah bersambung. tido lagi bagus. (kakak 1 year old) |
No comments:
Post a Comment