Friday, November 16, 2018

Idris Noah Part 3, Promise, this is last

Kau tengok, kau tengok. Tajuk tu siap aku promise ni last entri untuk Idris Noah lahir.

Kemain kan, sampai 3 part. ngengada betul kan.
mahaplah. kalau menaip dekat office ginilah. kalini kalau rehat pun aku sambung type lepas rehat. actually takda apa pun nak cerita lagi. cuma pengalaman dalam OT room tu aje la. kalini lain sikit compare masa czer kakak. jap, aku p rehat dulu. hahahahahahaha.

Setelah satu entri berangan aku siapkan, aku sambung entri ni. hahahahaha

oh, currently aku suka pulak dengar radio best 104 ni. ada lagu baru, lagu lama lagu tak pernah dengar zaman dinosaur mungkin. muahahahaha.

ok, sambung part aku dalam OT room pulak.

Dulu masa kakak, aku dpt ubat bius yg langsung tak rasa pape on the dot dia inject tu. kira sangat cepat. tp masa noah lain. since aku dah ambil epidural masa nak cuba vbac tu, so dia tambah jela ubat dalam tube tu. jap aku google gambar bagi jelas gituh.

masa medina macam ni. lepas inject terus tak boleh angkat kaki. 
masa noah, dia inject, few attempt ok. tak sakit, tp ngilu je aku jerit cakap sakit.
lepas tu dia surrender panggil pakar dia.
 pakar dia buat 2-3 kali baru ok. 

So, dalam OT room tu dia tambah ubat mcm ni. tambah thru tube tu. Habis je jahit semua, dia mengiringkan aku and cabut tube tu. 
 Jelas dah kan? so, masa lepas dia tambah ubat tu dia tanya aku masih rasa tak jarum dia. MASIH RASA ok. cuak la aku. mana tidak nyeee, kawan-kawan aku yang czer sebelum aku ni ada la 2-3 orang share experience kena belah hidup-hidup sebab tak rasa bius tu. hahahhaa. tp at last, ubat bius dah ok. tak rasa dah sakit kena jarum tu. proses pembedahan pun berjalan dengan lancar. cuma once baby dah keluar tu, aku rasa lemas la. macam susah nau nau nak nafas. tak tau kenapa. maybe sebab aku tak makan berbelas jam tu kot, angin nak masuk. (padangan sendiri ye). hahahhaa. so aku cakap la dgn doc kat situ, yang aku rasa susah nak bernafas, bahu dah rasa kejang. tapi aku rasa maybe from the monitor, aku still ok, dia layan gitu-gitu je la drama swasta aku. aku cuma fikir kena positive je. jangan fikir bukan-bukan. sikit lagi nak habis. tu yang aku encourage diri aku untuk sabar kuat dan tabah. habislahhh proses menjahit, now aku di bawak keluar ke luar OT room, tp masih di wad OT tu. monitoring proses sambil panaskan badan aku. masa kat sini aku rasa nak muntah pulak. adoi. doc muda amoi cantik tu tlg sedut guna suction tube. and aku pun rasa tenang sikit kat sini. tengok doc amoi penyayang tu tgk babies yg ada kat sebelah mummies dlm wad tu. and of course noah too! cute baby.. cute baby dia cakap. hehehehe.

Dah stabil tu, aku pun dibawak keluar tukar katil ke stretcher and di bawak ke wad, dan di tukar lagi ke katil. terasa seperti para nurse mengangkat ikan paus. kahkahkah. since then, aku decide nak kena diet betul ni!!! hahahaha.

So, pengalaman yang scary tu buat aku rasa serik and takut untuk masuk OT room lagi. dan decide Noah untuk jadi anak BONGSU aku. ok. please. semoga aku sentiasa ingat. wahai adik-adikku dan kakak ku, silalah produce cucu untuk mama-mama kita ok. MIL and my Lovely mom. kihkihkih. kerna kakak mu ini sudah mempunyai rencana tutup buku beliau. YELATUUUU.

the end.

ps: last few days kakak kiss perut mummy ckp ada baby. oiiii! baby cacing adalah KOT? hahahahhaa. 




Monday, October 29, 2018

Berangan yang bila nak sudah

Bertemu lagi dalam sesiiiii dja dah bosan sebab tu dia update belog. HAHAHAHAHA!

Aku nak berangan jap. sapa nak ikut berangan cepat naik duduk belakang. jangan lupa pegang, nanti jatuh. cepat!

Plan untuk bilik bawah, bilik tetamu.

Bilik tetamu
bilik tetamu
Bilik tetamu
Idea for master bedroom


Master bedroom


Master Bedroom

Idea untuk sliding door pergi kitchen




Friday, October 26, 2018

Idris Noah part 2

Sambungkan ayat berikut:

Masa nak baring je tu... (bersambung) kahkahkahkah. sambung nanti la. penat dah type. lagipun dah 12.30, nak pergi lunch. hahahaha. 

Masa nak baring je tu, terus mummy rasa mcm terkencing. masa ni dah gelabah gila la apesal aku kencing atas katil lepas tu tak boleh nak tahan kencing. eh, ni air ketuban ke? ni ape niii?? since tak pernah tau rupe air ketuban macam mana sebab masa medina doctor yang pecahkan ketuban lepas tu tak rasa pun air ketuban tu mengalir. tapi masa noah ni dia pecah sendiri.. so dapat lah rasa macam mana rupa air ketuban tu. tak la aku tgk rupa air ketuban tu, ohh gini rupa kau mana mata mana hidung kau. idok le gituuu.. tau la dia panas lepas tu banyak gila licin-licin sikit. 

aku pun cecepatlah p bilik ayor (ate tetiba jadi orang perak peghak penangan tengok hantu kak limah kat astro first semalam). aku pun pesanlah kat laki aku suruh uruskan anak aku yang tak jadi tido tu lalu bergembira lompat atas katil sebab buka lampu bilik semula dia tak payah tido macam diharap-harap tu. dia tak tau jap lagi nak kena hantar kat rumah umi. tq umi tolong jaga kakak walaupun dah pukul 12tengah malam. aku pun uruskanlah diri sendiri yadayada.

So dalam pukul 12 lebih tu kitorang gerak la p HSI sambil meninggalkan medina kat rumah umi yang menangis kesedihan tak dapat ikut. kat HSI check bukaan baru 1-2cm macam tu, lepas tu ada Doc perempuan very nice woman datang and tolong buat bukaan jadi 3cm lepas tu masuk labour room. masa ngandung noah ni memang tak kuat makan, so before masuk labour room tu nurse suruh makan dulu aku yang tak berselera nak makan ni makan sikit ajelah roti dengan air lepas tu terus serah diri ikut nurse p labour room. tak lama sampai labour room tu laki aku pun masuk teman sekali. contraction baru start datang slow-slow. tp sakit dia manageable lagi. maksudnya masih boleh control nafas and waras lagi. 

Sambil perut kena ikat dengan tali utk check ctg baby gedung gedang gedung gedang tu, berlalu la masa kepada pukul 11 pagi, bukaan dah jadi 4cm, so tunggu lagi. before that nurse offer nak epidural tak, dan disebabkan check bukaan pun aku tak tahan sakit, aku pun grab the offer ambil epidural. Lepas tu langsung tak sakit dah bila contraction datang. sambil-sambil ni aku dah lalok tido dah sebab pagi tu nurse yang jaga aku tu ada offer bg ubat ngantuk so aku akan tido and kurangkan rasa sakit tu. see, semua aku ambil. memang aku ni tak tahan sakit orangnya. 

long story short, pukul 11 tu last progress bukaan which is 4cm. lepas tu terus takda progress dah. since aku ada history first baby dulu czer, so doctor cakap tak advise untuk tunggu dah sebab dari pukul 2 pagi semalamnya sampai pukul 5 lebih macam tu total hour dah more than 12hour. Ikut report doctor yang scan masa nak allowed untuk cuba vbac masa 36weeks dulu, dia advise 10hours je and 1 time induce. lagi pun air ketuban dah pecah takut risiko jangkitan kuman pada baby. Aku yang dah redha ni setuju jela proceed czer. 

So, lepas husband dah sign and aku dah ready, pukul 7 aku ditolak ke OT room. masa ni dah berani sikit la sebab dah ada pengalaman pertama tapi bukan berani sangat macam ekeleh belah perut je pun. tak takkk. aku masih takut cuma dah tak pikir negatif macam mana pertama kali dulu. Tapiiii..... 

kita sambung part 3 iaitu part akhir ye. sebab da pukul 10.20 nak pergi pam susu bekalan noah dikemudian hari. hahaha. yes, aku still dengan niat sama macam kakak dia dulu nak fully breastfeed anak sampai 2 tahun. kita sambung entri akan datang dengan...

Tapiiii..... 
ek eleh.. boring la dengar cite dia ni. 
baru type sikit dah bersambung. tido lagi bagus. 
(kakak 1 year old)



Tuesday, October 23, 2018

Our 2nd bundle of joy, Idris Noah

Hi,

Harini kita kembali bersiaran ye. hakhakhakputhihuuhih (ala2 bubbling sebab mcm terpikir2 nak type ape), watdehek betul otak aku jeng tak boleh produce words. gehhhhh!!

Ok, mcm kisah lahirnya medina dulu aku coretkan (cewah, coret kau!) dalam blog ni, sama jugak dengan kisah lahirnya baby boy mummy, anak bongsu mummy ni, Idris Noah.

Taraaaaa!! 

Assalamualaikum, nama saya Idris Noah. lama mummy daddy peram nama saya.
Since kakak dalam perut nama saya dah dipikirin. 

Mummy, camne nak sorok double chin? nanti gambar passport camne? 

Noah, peace camni Noah.
Sabar kak, nnti kita besar kita buat peace pakai kaki sekali. 

walaupun rupaku bulat, tapi kakakku masih boleh menampung kepalaku ini adoi. 

Kisahnya bermula pada tanggal 12hb, bulan 8 tahun 2018. Hujung minggu tu kitorang balik kampung kluang sebab dah lama rasanya tak balik. Alang2 balik tu nak pergi scan 4d murah dekat Kluang. Actually dari week 28 nak pergi scan 4d takkkk jugak pergi dengan alasan yang macam-macam. Every weekend yang kitorang balik kluang ada ajelah hal yang alih-alih tak dapat nak pergi scan tu. 

Btw scan 4d kat kluang murah ye anak-anak. RM50 sajoo. Boleh search je klinik maternity kluang. Dia ada 2 klinik, satu tu klinik johor maternity ke ape tp dekat jalan nak pergi hospital kluang yang dekat econsave tu ada roundabout pastu dia area kedai-kedai situ tp belah belakang. Hadoilah, aku memang le failed kalau nak bg direction kat kluang ni sebab tak tau nama. kalau Muar, kau cakap ade petronas, sepuluh tempat petronas aku boleh bagi direction. Satu lagi kat area econsave tu jugak, taman ape tak tau jugak, tp ada sekolah menengah kat situ. Kira ada jalan dalam pergi kampung palembang ke ape. Orang kluang kalau baca kau jangan gelak. Kau buat-buat faham je. Kalau tak faham boleh bukak waze lepas tu type je maternity kluang. Nanti dia keluar la nama-nama berkenaan. Oh ye, satu klinik tu kena ambil appointment, satu lagi tu tak payah, boleh terus walk in interview je. 

Tp memang murah la scan 4d dekat 2 klinik ni. kalau kat JB ni range harga RM90-120. Itu standard harga, bukan mahal, tp yang kluang ni yang memang murah namatey. hehehe. So, dari hari ke hari yang tak pergi jugak scan tu membawa kepada week 40, haaa yang ni tetap jugak tanak keluar dari perut. Eh, tadi nak pergi scan, tp lepas tu suruh baby keluar, lepas tu mana satu dulu ni. Kalau baby dah keluar, kau nak scan ape ye dak? Takkan nak scan lelemaks yang comels tu. adoiilaaa. Berbalik cerita scan ni, orang cakap kalau dah 40 weeks tak nampak kalau scan, tapi alhamdulillah masa aku scan boleh je nampak jantina and muka semua. 

Cuma scan kalini tak berapa best sebab husband takda sekali tengok baby. Dia bawak medina keluar dari bilik doctor sebab medina nangis sebab dia ingat dia nak kena cucuk. bolehhh?? hahahaha. Orang dah cakap bukan nak cucuk dia, nak tengok baby dalam perut, heeeeiii tetap nangis, Ok la keluarlah dua manusia tu tinggal la satu lagi manusia dengan perut ada manusia dan satu lagi manusia bergelar doctor dan satu lagi manusia bergelar pembantu doctor tu. haaa, berapa bilangan manusia? *angkat kening sikit*

Lepas je scan, doctor bagitau berat baby around 3.5kg tambah tolak 300g, so cuba buat kira-kira, berapa anggaran berat baby? soalan lagi kan. kau nak cerita ke nak buat kuiz? tampar pipi sekarang! kau nak karangan lahir noah ni berapa patah perkataan kan kalau asyik bagi soalan je. 

Ok, akhirnya berjaya jugaklah scan noah pada 40 minggu, so adil jugaklah dedua ada gambar scan 4d untuk diorang simpan dah besar nanti. Mummy daddy tinggal tunggu awak keluar je ni. Siang tu ada jugak borak-borak dengan kak lin (sepupu husband) kat whatsapp bila baby nak keluar and mummy pun dah tak paksa-paksa a.k.a dah redha awak nak keluar bebila pun. 

Malam ahad 12hb tu kitorang pun balik la pasir gudang since takda jugak lagi tanda-tanda baby nak keluar melainkan baby kerap mengeras and mild false contraction yang memang dari minggu lepasnya datang. Kitorang sampai rumah kat pasir gudang agak dah lewat, dalam pukul 11 macam tu, so memang terus nak tido aje la. Tapi medina buat hal tanak tido. Dia lompat-lompat katil and menangis bila tutup lampu bilik and menangis mintak itu-ini. she like dapat firasat, her adik will pop-out very soon! Aku yang mengandung ni memang sangat senang bertukar jadi singa ni apa lagi.. BERTUKARRR!!! haaa, memang menyiga la, daddy dia diam je tgk aku jd singa sebab kalau dia pertahankan anak dia, dia cuma akan ada dua pilihan. 
A) dia akan dibaham oleh mummy singa cantik ni 
B) dia akan disuruh layan medina sampai dia mengantuk and nak tido and dont disturb me at all coz i need quality sleep. cewah, kelaut quality hang. 

so memang daddy dia tak akan ambil mana-mana pilihan di atas la kan sebab dia pun nak tido nak masuk singapore pat pagi. kesiann. maka, mummy pun bebel la suruh kakak tido sebab mummy sikit lagi nak jadi mumia dah ni. yang kelakarnya, lepas marah-marah medina ni kita geram sangat sampai nangis. (emosi betul mak ngandung ni). Masa nangis ni medina tanya la kenapa mummy? mummy jawab la kakak yang buat, andddd dia pergi marah daddy dia. "hishhhh, daddy niiiii. biasaaa diaaaa''. aku tak tau la nak gelak ke nak nangis lagi. daddy dah macam tak puas hati apesal daddy pulak kena. hahaha. kakak pun ok, dah nak tido and mummy sambung baring. 

masa nak baring je tu... (bersambung) kahkahkahkah. sambung nanti la. penat dah type. lagipun dah 12.30, nak pergi lunch. hahahaha. 



Thursday, March 29, 2018

The Eden, our house.

Hye!

Hari selasa haritu husband aku tak kerja, cuti hantar medina check up. So, mcm biasalah, kalau dia cuti biasanya memang dia akan hantar and ambil aku balik kerja. Petang tu aku pesan kat dia, nanti nak ambil aku bawak medina sekali sbb aku nak ajak dia p jalan-jalan tengok rumah baru kitorang. Sebab haritu aku jalan-jalan sorang2, rumah dah siap. seronok rasa tengok rumah dah siap!

Excited gila tengok rumah kita dah siap. Dari pemerhatian aku sekarang ni maybe they all dalam process check defect and selesaikan cat mengecat. Dari plan rumah yang di bagi sales person tu kat aku, rumah aku bernombor 37, jalan jasmin berapa tak ingatlah pulak! Ya Allah.. Happy sungguh. Terus bersemangat nak kumpul duit iaitu tahan nafsu beli barang dan jalan-jalan. Yela, gaji laki bini pun tak lah besar mana campur dengan komitmen yang ada ni. hehehehe.
Belakang rumah kitorang menghadap kawasan tanah lapang. Kalau tengok plan meridin east, akan buat garden kecik. Tapi bila tu tak tau lagi la. rumah kami ni taman kedua yang siao. Taman pertama, rumah greenway lagi banyak dah siap. They all masuk bulan 5 ni kot. and kitorang dijangka serah kunci bulan 8 ni. Duittt.. duit.... banyak betul pakai duit ni. adehhh... So, here the picture!




ni rumah orang lain, tapi rumah kitorang lebih kurang mcm ni la belakang dia. No renovation plan yet!