Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Thursday, March 22, 2018

Langkawi day 3

Hello! This is schedule post! I dah type hari sebelum dia di post. hahahaha!

Ok, jom kita sambung hari ke-3 di Langkawi. Harini ikut plan asal, kami nak pergi Cable car sepagi yang boleh, tengah hari sambung ke makam mahsuri, beras terbakar, MH saujana (kedai gamat), Dataran Lang, and HIG (Shopping chocolate)

Tapi kita hanya mampu merancang, tuhan menentukan. Me and Medina so tired until tak boleh nak bangun dah. hahahahaha! So, kami agak lewat untuk ke cable car. Dengan naik motor kami gigih jugaklah pergi ke cable car which is dekat 30-40 minit jugak naik motor ke sana. Kami bertolak dekat pukul 9.30 pagi masa tu. Since kitorang dah naik sebelum ni, and medina pun rasanya kecik lagi untuk tengok view dekat atas, we decide not to follow alif and alesya (partner travel merangkap kawan husband) untuk pergi. So, kami cuma makan dekat food court dekat area situ (Kedai makanan german if i'm not mistaken, recommended untuk try) and jalan-jalan dekat kedai bawah tu. Bagi makan ikan, makanan ikan boleh beli dekat kotak-kotak kecil dekat tepi kolam ikan tu. Banyak ikan kelaparan, sambil layan medina bagi makan fish! hehehe. Dalam pukul 11, alif call suruh kitorang balik dulu since ramai kat atas tu. So, kami pun balik la. Plus medina dah tunjuk signal mengantuk dan penat. Baik kami rehat sebelum sambung aktivity petang. And yes, medina tertidur atas motor. kesian dia. Plan asal, harini nak sewa kereta. but akak tu cakap kena pick kereta and pulang kereta dekat airport, so kami decide untuk sewa petang saja. Alang-alang esok flight petang so takpayah call grab dah. Tu yang naik motor je. Balik bilik, lunch and tidur rehat.

Tengahari pukul 2 mcm tu, alif pun dah balik and rehat, husband dengan dia pergi settlekan hal pulang motor and sewa kereta. Pukul 4 kami sambung keluar, and cancel pergi makam mahsuri, pergi beras terbakar pun kedai banyak tutup. Sebenarnya kita pergi sini sebab nak beli kain batik je. Murah-murah dekat sini. And pada sesiapa nak beli cenderahati keychain fridge magnet pun boleh beli dekat sini, memang murah berbanding tempat lain. Since kedai tutup, kami proceed pergi ke MH Saujana pun tutup jugak. hahahaha. Oklah, tempat yang confirm belum tutup adalah dataran lang (???) and HIG. Last time pergi dataran lang waktu malam. Kalini pergi waktu petang. So gambar lebih cantik la. Sempatlah posing dekat depan helang yang besar tu.

Anddddd of course shopping chocolate. Since dekat jb dah ada kedai chocolate murah jb, so nafsu berbelanja terkawal lah. Hanya spend Rm200 je untuk chocolate semestinya yang takda dekat kedai coklat murah tu.

Whitaker's Bar Almond yang besar 250g tu hanya RM15++, beli chocolate ritter sport (RM 5.70) of course, nutella spread (RM12) tak ingat berapa gram punya tp besar jugaklah, nutella n go , beli nutella waffle ke ape nama dia untuk medina, pepero and daim as ole2 bagi kawan-kawan office. Sebenarnya ada sambung sikit lagi beli dekat chocolate valley dekat underwaterworld cenang.

Lepas tu balik tu kami singgah dekat telaga walk konon-konon nak makan nasi arab, sekali kedai situ cakap, pergi pantai cenang, branch sana yg ada nasi arab. kfoine, kami pun balik ke cenang and makan nasi arab dekat telaga arab, pantai cenang. VERY RECOMMENDED! seriously memang sedap! Nasi mandynya nasi khabsahnya dengan kebab dia superb betul! teringat-ingat lagi. Jangan baby mengidam nak makan lagi sudah. Takpa kita boleh pergi al-hanin taman rinting sini. hahahahaha! Harga pun average dalam RM30 sepinggan dengan portion yang sgt besar! Kalau tak kuat makan boleh makan 2 orang. hehehhee. Balik tu apa lagi, tidur laaa kepenatan. Tapi husband pegi basuh baju kotor dekat dobi layan diri area telaga walk. nak balik kan. takmau bawak baju kotor banyak-banyak. hehehhee.

Esoknya nak balik. So, kami decide nak terus check out, and teruskan aktiviti haritu untuk pergi Underwaterworld, Gamat MH saujana and beras terbakar kalau sempat.

Pagi-pagi tu kejut medina awal-awal sebab nak ajak dia pergi main pasir dekat pantai and mandi swimming pool, kesian dia ajak mandi swimming pool dari semalamnya. Asyik layan kehendak orang dewasa je kan. So, pukul 7 lagi dah bangun and terus ke pantai. Sempat beli nasi lemak dekat food truck depan hotel. Sedap gila nasi lemak daun pisang dia. Tak pasti berapa harga, RM1 kot, sebab husband yang beli. kita terus ke pantai dengan medina. Ingatkan dia beli roti canai sekali dekat situ rupanya nan-hado. dia beli nasi lemak je. kecewalah aku. hahahaha.

Lepas main pasir dekat pukul 8, ajak medina balik hotel mandi swimming pool. Dia kalau dah syok main susahlah nak ajak balik. seronok sangat main pasir tu. Sesi pujuk memujuk pun bermula sampai she ok and agree balik hotel sebab nak swimming. Terus ke kolam dan swimming. Puas jugak dia swimming, pukul 9 naik hotel tanpa paksaan sebab dah kesejukan dan siap-siap packing barang yang tak habis packing malam tadi. Pukul 10, kami check out dan terus ke underwater world. Dekat sini seronok jugak sebenarnya bila kita bawak budak kecil, untuk orang dewasa pun boleh la. tengok ikan yang besar, tengok penguin yang seronoknya. Penguin ni comel sebenarnya, dia punya perangaiiii ya ampun. hehehehe. Keluar je dari underwater world tu terus ke chocolate valley. Apalagi, sambung membeli la. Aku grab lagi daim sebab rasa mcm tak cukup dengan chocolate berryl's yg bulat-bulat tu. Lepas tu sambunglah ke Gamat MH saujana, (jangan lupa beli minyak akar seruntun! banyak kegunaan and bagus sangat untuk lenguh-lenguh kaki. mmg ada dekat MH saujana sahaja).Kemudian, alif dan repeat HIG and makan tengahari dan terus ke airport.

Habislah vacation kami kali ni. Nextttt! kemana kita ni? hahahaahhaa.



Wednesday, March 21, 2018

Langkawi Day 2.

Hello! So jom kita sambung aktiviti hari ke-2.

Pakej island hopping yang kami beli masa day 1 semalam akan pick up kami depan hotel. They all mentioned tunggu depan hotel pukul 9 and lekatkan ticker AB warna hijau dekat baju kita untuk orang dia recognize kita. Sticker ni dia bagi masa kita dah buat payment semalam. Jadi, jangan hilangkan tau! Pagi tu, lepas sarapan pukul 9, van pakej kitorang dah sampai. Banyak jugaklah yang menunggu bawah hotel ni. Ada yang sama pakej dengan kitorang, ada yang ambil pakej dari orang lain. Nasib van kami sampai dulu, kalau tak gigit jari jugak tengok orang dah naik van tinggalkan kita. hihihi. Van muat-muat je, takda extra space dan tak jugak bersempit2. dah kira cukup2 agaknya. Oh ya, pakej island hopping ni ada 2 sesi ye. Sesi pagi iaitu kami ambil, 9-12 dan petang 2-5 mungkin.

Lepas van dah sampai dekat tepi pantai tempat kami akan naik bot tu, ramaii sangat orang! Ingatkan kami yang awal, ada ramai lagi lebih awal. hehehe. Tak lama lepas kami sampai, and next, next group sampai, tak lama lepas tu dia panggil nama pakej kita. Sementara tunggu they all panggil kita tu medina main la pasir halus pantai langkawi tu sambil mummy dia ni tgk orang ulang alik isi minyak boat. Tak lama lepas tu dengar la nama AB dipanggil dan suruhnya berbaris. Ok, one more tips! Masa beli tiket island hopping tu, if korang datang by group. beli tiket sekali, means beli under satu resit berapa orang. Sebab masa berbaris tu, dia bukan panggil row by row naik satu boat. Dia akan pergi setiap row and tgk resit orang depan dan releasekan orang depan. let say dia kata buat 4 baris. Dia pergi ke baris pertama dia mintak resit, lepaskan orang tu. kalau ada 2orang, maka 2 orang akan pergi, kalau 4 orang satu resit, 4 orang akan pergi. and dia pergi ke baris ke-2, 3,4, dan begitulah seterusnya sampai habis. bukan habiskan barisan pertama baru barisan kedua. bukan ye anak2. Nasib kami semua dalam satu resit, maka kami naik sekali satu boat. Tp boat kali ni ramai pelancong, driver boat dah best sporting jugak main corner2 atas boat, tp sebab hambar dan krik2 dari penumpang maka sekali tu sajalah dia buat onar. Lain betul masa pergi mangrove tour dengan family dulu. Pakcik makcik kecoh, bila driver boat buat corner, masing2 bersorak takut dan seronok! Bertambah sakanlah driver tu main corner! hahahahaha.

Pakej ni kami pergi tasik dayang bunting selama satu jam, eagle feeding, sekejap sahaja (and takda penerangan pasal burung helang tu, compare masa pergi mangrove dulu. so, nasib baik dah pernah pergi mangrove dulu), lepas tu mandi-mandi di pantai beras basah satu jam! Dekat tasik dayang bunting tu dinasihatkan kita pakai life jacket mandi di sana. sebab dia memang open tasik sedalam berapa meter tak ingat. Ada kes, orang pandai berenang pun boleh lemas sebab disedut kedalam tasik. So, beringat sebelum terkena ok! Sewa di bawah tasik lebih murah dapat RM3 berbanding dekat atas RM5. So husband rugi sikit sebab sewa dekat atas. Untuk medina mula-mula nak beli pelampung, tp lepas tgk harga sewa tu murah, sewakan dia life jacket untuk budak2 tu hanya RM3. Seronok dia mandi, sampai tak mau daddy dia pegang. hahahaha. Tapi of course jangan nak berangan la. Bila dah nak habis satu jam tu, ambil dia naik atas, apa lagi drama samarinda pun bermula. She don't want to stop! nak swimming nak swimming dia nangis. Nasib baik mummy ada prepare roti gardenia jagung her favorite and cepat-cepat suruh daddy pun naik atas. Takut nanti dia tgk daddy berendam, dia nak berendam lagi. Masa nak sampai ke tasik dayang bunting ni kita kena jalan kaki dari jeti ke dalam untuk jumpa tasik ni. sebab tasik ni dalam pulau. So agak penat jugaklah, ibu mengandung ni memang cramp kaki masa nak keluar tu. huhuhu! annnddd, sila bawak beg yang bertutup kalau bawak makanan ye. Sebab kat sini banyak monyet-monyet gengstar pow makanan! Nasib cousin kat langkawi tu dah pesan siap-siap! Kita simpan bekal kita dalam bagpack kita. Cuma masa balik tu sempat jugaklah roti medina di pow oleh monyet tu. Daddy bagi separuh tu kat monyet, separuh lagi kena menyorok makan. hehehe!

Kemudian kami pergi tengok eagle feeding, ada la few boats yang berhenti and penumpang dia bagi roti. Boat kami berhenti tak lama pun, dalam 5-10 minit kot. Lepas tu terus pergi ke beras basah. Masya Allah cantik sangat dengan air yang biru jernih dan monyet! Jaga-jaga makanan ye. Ramai jugak awek dari China di pow makanan and minuman they all. hehehe. Oh ya, dekat area sini ada ikan cantik-cantik, lagi-lagi area bawah jeti tu. Boleh la snorkeling di sini. Me and medina kami hanya mandi saja. Daddy saja yang bersnorkeling dengan kawan dia. We are sunburn! Tengahari tu makan bekal sandwich yang sempat aku buat pagi sambil tunggu boat sampai.

Off we go balik hotel and berehat! Totally penat! aktiviti petang ni cuma pergi makan laksa ikan sekoq dan jalan-jalan pantai cenang.

Berkumpul depan hotel. Yang hijau tu sticker AB, husband tampal kat bahu baju. 

Anak dara I kemain happy!

She look so big in this picture.

Sebelum sampai tu, boat tu berhenti depan ni tunjukkan bentuk dayang yang bunting tu. 
Seriously dekat langkawi banyak batu-batu yang berbentuk and kalau nak tengok, 
aku cadangkan ambil pakej mangrove tour! best jugak! 

Jeti ke tasik dayang bunting kalau tak salah. atau beras basah. 

See medina! I told ya. 


Selfie lepas balik dari tasik dayang bunting. mummy tak mandi kat tasik. Pakai seluar berat! hehehe. 

 Pantai beras basah! cantikkan view dia. Masya Allah. 

 Trip kali ni lain sikit dari trip sebelumnya. If you ask me, i won't repeat pergi island hopping ni lagi. Tp to Langkawi again? Yassss! I want stay at the beach and mandi pool while bersantai dekat cenang street! heeehhee. Hari ke 3? Nexttt!






Tuesday, March 20, 2018

Trip to Langkawi

Hye!

Kalini aku nak share pengalaman ke Pulau Langkawi yang telah kesekian kalinya aku pergi. Cuma kalini pergi bawak medina. Aku beli tiket ni setahun yang lepas masa AirAsia buat offer. Tp tak lah murah sangat sbb boleh dapat harga yang murah. Cuma kononnya nak bawak kawan jalan Langkawi sambil kita pun repeat la. Tp malangnya kawan tu tak dapat nak ikut. Tiket yang kami dapat tu dalam RM90 seorang mungkin. Tak ingatlah pulak harganya. Tp sure less than RM100 return. Kami beli naik dari KLIA2 padahal ada je dari Senai, tak tau kenapa nak beli dari KL jugak. hahahaha. Dah lepas pun.

So semua perancangan dah buat beberapa bulan sebelum, cuma bab booking semua buat sebulan sebelum sebab kami pergi weekend biasa bukan cuti sekolah. Jadi rasanya mungkin masih selamat untuk booking sebulan sebelum. Kalau pergi time Public Holiday or cuti sekolah of course kena booking 3 bulan sebelum atau lebih awal lagi la rasanya.

Ok, since medina dah besar dah tau aeroplane, she look like excited la bila nak naik aeroplane tu. Bila kita tunjuk kita naik aeroplane kakak, she will look out of the window nampak sayap kapal terbang and try to ''Yah! Yah" nak ambil aeroplane katanya. hahahaha. Last time masa pergi Penang dia baru setahun tak faham sangat kot aeroplane tu. So mcm biasa, kami park dekat stesen ERL (KLIA transit) Salak Tinggi and naik ERL to KLIA2.

Dekat Langkawi kami pilih Languna Beach Resort, walking distance to the beach and ada swimming pool. Harga kami dapat pun RM190/night. Ok la dengan harganya. Walaupun ada hotel yang lebih murah, tp since review untuk hotel ni lebih baik, maka kami pilih hotel ni. Hanya bersebelahan dengan Cenang Mall, banyak street food, and hotel ni bukan sebelah pantai which is mesti bising. Hotel kami ni sebelah other roadside, tp ada bilik yang dapat tgk pantai. kami dapat bilik yang menghadap pool, so boleh la tgk pool tu redup ke tak untuk mandi. hahahaha.

Our flight pukul 2 petang, so dalam pukul 3 tu dah sampai Langkawi. Tapi after pungpang dekat airport, dalam pkul 3.30-4.00 petang tu baru kami dapat check in bilik. Rehat, solat dan petang tu mmg nak cari pakej untuk island hoping. Trip dengan family sebelum ni kami dah buat Mangrove tour, so kali ni nak pergi island hoping pulak sebab nak pergi tasik dayang bunting. hehehe.

So, petang tu kami jalan kaki jela pergi cari pakej yang murah. Kebetulan, ada relative yang tinggal di Langkawi and husband dia memang uruskan pakej ni. Dia suggest pergi ke booth husband dia dekat depan AB motel. Kami survey pakej online RM35 rata2, dalam blog suggest pergi walk in dekat bawah area hotel dapat RM30, tp dengan husband kawan ni dapat RM28. So, mmg suggest kalau nak pergi island hopping ni boleh je survey sendiri dekat pakej area hotel pantai cenang ni. RM30 pun dah kira murah. Pakej di AB motel ni memang RM28 pun takda mintak kurang ke apa. sebab kami pergi pun berempat saja, so takdalah begging for more discount la kan. Medina under 2 years old, tp budak bawah 3 tahun mmg free. Jimat jimat. Habis jalan-jalan, kami pergi kedai-kedai area pantai cenang tu, nak belikan medina sand castle set tu dengan makanan untuk mengunyah di hotel. maklumlah, ibu mengandung ni mana boleh lapar, nanti jadi hijau! hahahaha. Lepas beli semua tu, kami pekena Laksa sedap dekat tepi pantai cenang area malibest tak salah. Memang kedai makan tepi pantai. Memang sedap laksa dia, kalah laksa ikan sekoq. hehehe. Lepas makan, medina asyik jom laa jom la pergi tepi pantai tu. Boring dah agaknya tu. So, kami lepak tepi pantai tunggu sunset sebelum balik bilik. Oh ya, sebelum balik tu sempat pergi kedai sewa motor, and kami sewa motor untuk 2 hari dengan harga RM35/day tapi ada deposit RM50. Malam tu pergi rumah makcik aku dekat area airport. Kebetulan dia masak nasi ambang. Langkah kanan betul, nikmatnya pun lain makan nasi ambang dekat tempat orang nun jauh di utara ni. hehehehe.


while waiting for the sunset


Cute kan topi untuk budak tu. dapat sekali masa sewa. 

Untuk sambungan hari ke-2 inshaAllah aku sambung entri akan datang. Gambar bilik hotel takda, ada rakam video medina tgh lompat je. itupun insta-story. 


Wednesday, September 20, 2017

Short escape to cameron

Hi,

As per tajuk kat atas tu, last saturday kitorang telah p ke cameron highland. mcm mana boleh sampai kat sana tu kadang aku pun rasa tak boleh nak hadam. Dgn bajet yang tight bulan ni sempat lagi aku menghasut laki aku p cameron highland. ni pun gara2 dia la yang asyik mengulang cakap tak pernah p cameron.

So, memandangkan hari sabtu tu hari malaysia, and hari sabtu tu my rest day, maka diganti la cuti pada hari isnin. heaven betul. comp kedua aku rasa hari sabtu cuti diganti hari isnin selepas my previous comp. actually aku berkira2 nak p pantai. aku macam nak p tioman. tp ni musim angin, risau jugak nak p sana. nak p pantai kat sini tanpa booked awal2 mcm suatu yang mustahil la pulak kan nak dapat hotel murah murah harga. hahaha.

ntah idea dari mana datang, aku call huda wife kawan husband aku, darwin. ajak huda p cameron. dia pun teruja mcm aku. hahaha. so, aku ckp dgn dia. aku try usha apartment. kalau ada kosong, and approve aku bgtau dia and confirm p mlm tu. aku pun lelaju scroll airbnb and search dkat cameron and mersing. ntah kenapa kat mersing tu takda yang menarik perhatian aku. akhirnya dpt satu apartment dgn area pasar malam and apartment baru. aku paling suka apartment baru sbb mestilah bersih. hahahaha. lepas confirm booked dgn mr chau, apartment dekat golden hills, 2 bilik, harga RM377 untuk weekend, aku pun call huda. dah confirm, bagitau kita gerak pukul 12 tgh malam ye sebab aku nak basuh baju siap2, kemas rumah sikit and nak tgk super spontan. hahaha. ke mahabla bla spontan nama dia. best sebab ada amy mastura kelakar gila. atu pun kelakar.

gedebak gedebuk, pkul 12 xsiap lagi. barang dah siap packing, tp aku mintak tolong husband basuh baju, tp dia tak basuh. gerammmm je. tinggal letak sabun, softener and on je kot. last2 dekat pkul 12 baru basuh baju and aku text huda, bgtau kita lewat sikit. settle jemur kain semua dlm pkul 1.30 sempat menyambil tu aku goreng karipap vadei and kukus pau sikit. pau dah selamat makan kat rumah. bawaklah vadei goreng and karipap sebagai bekalan. medina mcm biasa, nampak kita sibuk berkemas, dia mana nak tidur. dlm kereta baru dia tidur.

So, gerak dari jb dalam pukul 2 mcm tu. berenti isi minyak sekejap dekat petronas sungai buloh or damansara xingat, solat subuh and berenti dekat rnr rawang untuk sarapan. lepas sarapan terus gerak naik cameron. bila dah sampai exit tapah tu seronoknya. akhirnya sampai jugak ke cameron dgn laki aku ni. last aku pegi tahun 2007 kot. masa kat matrik changlun, lawatan sambil belajar kononnya. Since adik aku ada kat atas tu tgh honeymoon anniversary, aku tumpang jap la mandi. and ikut dia p makan tghari. smpai apartment they all sewa tu dlm pkul 10.30pg, and check out pkul 11.30++ dekat pkul 12 mcm tu la.kitorang makan dekat kedai abang strawbery. harga dia ok-ok la. mahal jugak, nasi goreng ayam dalam Rm10.00-13.00. ala2 oldtown gitu. tp kedai tu cantik la. cantik yang biasa. banyak jual strawberry merah2 besar2 kat depan kedai. lepas makan, benda pertama aku cari adalah ice cream malaysia strawberry. dulu aku rasa aku beli 50sen kot. sekarang RM1.50, ada paling murah Rm1.20. lepas makan tu memula planning nak p sungai palas boh station, tp jammmmmmmmed gila. so, adik aku pun nak terus turun and balik kl.kitorang terus p kat apartment kot boleh check in awal. kalau tak boleh check in, kira lepak jap dalam kereta around 30 minit sebelum boleh check in pukul 3. luckily mr chau bg kitorang check in pkul 2.30 tu. since penat sangat and perlukan rest plus jammed yang amat. so kitorang pun tido ajelah. sampai pkul 6 mcm tu, bangun layan medina yang dah bangun tidur, mandikan dia siap2 and ajak husband, darwin and huda p pasar malam. turun lif, terus pasar malam depan jalan. mmg keluar dr apartment compound tu terus pasar malam. syok ngat aih. xsedar p pasar malam pun habis 100 engkau. hahahahahaha. teruk. sbb malam tu dlm pkul 9 mcm tu kami repeat sekali lagi. hurm.. burn lagi.. tp dah malas nak kira. dapatlah baju cameron medina sepasang, and t-shirt husband, bunga and cactus for me. jadilahhh.

malam tu kami kekenyangan dengan nasi, keledek manis, jagung sedap sumpah sedap, dan strawbery chocolate. makan sepuasnya. tp aku banyak makan strawberry gitu je. beli yang besar2, merah2.. confirm manis. yang kecik2 tu biasa masam. esoknya kami plan nak gerak pagi pagi p sungai palas breakfast kat sana. so, lepas kenyang ape lagi kroh3.. sebab medina pun dah ngekngek nak susu. tidurlah dengan kipas speed 1. xboleh tutup kipas nnti panas! hahahaha.

bangun pagi terlajak mak enon huh! astaghfirullah. dkat pkul 8, lepas susukan medina, aku suruh husband mandi dulu and lepas tu dia p sarapan dgn medina. aku kemas2 baju beg semua. baru nak mandi, medina poo poo. mandikan dia terus and dia p makan lagi. turn aku mandi, siap mandi nampak huda dah buat breakfast. megi tomyam. makan la megi tomyam panas2 dekat tempat sejuk. masyukkk oooo. hahahaha. habis breakfiast, aku punya turn pulak kemas segala mak nenek tu and huda pulak siap2. dalam 9.30-10 jugak baru kitorang turun bawah and check out. terus menuju ke sungai palas boh station. jarak dia 7km je, tp menurut waza 1.15minit ok. sebab jammmmmmed la ape lg. so, bertabah saja la. sampai atas dalam pkul 12 mcm tu sbb kena jalan kaki lagi naik atas. makcik xlarat.. hahahaha. but the view is SUBHANALLAH!
ya rabbi. this is what i want. feel so relax... alhamdulillah. lama jugak lepak kat atas. masa turun dekat carpark tu dah nak hujan, so kitorang mmg takda plan nak singgah mana2 la. balik terus. tp singgah jugak, darwin nak beli jagung lagi and me want to buy some strawberry lg. kita singgah lunch sekali. sedap!

kitorang sampai johor dalam pkul 1.30am and sampai pasir gudang dalam pukul 2.00am sebab singgah rnr sungai buloh utk dinner and alor gajah rumah darwin. now, tgh fikir planning utk pergi langkawi bulan 3 and pergi sabah taun depan bulan 8. early preparation is a must supaya dapat gunakan peluang sebaik mungkin. macam trip cameron kali ni no preparation, maka satu tempat je dapat cover. hahahaha. okbai!

 ni dekat restoran abg strawberry. cantikkan.. medina tanak dduk diam! 

 terpaksa bagi omar hana. hahaha

 this one! manisss...

 pasar malam brinchang. depan apartment je. 

 mahal gils. bolehlaa layan2 duduk kat atas. view yg mahal kot. hahaha

 love you! 

 parking kat bawah nun. semput makcik naik tangga. 

Subhanallahh... cantik sangat! 



Labels