Saturday, July 5, 2014

Soto

Hai!

Alhamdulillah, dapat jugak buat soto akhirnya. Rasa dia okeh la kot sbb husband makan byk sgt sampai kita yg suruh stop. Happyy!!! So, before lupa, kita nak share resepi.

 Menu berbuka harini. Ada homemade soto and kuih beli dkat bazar.

 The taburan. a.k.a rencam. LOL sukati jeee.

 Kuah Soto.

Begedil yang tidak begitu degil

Bahan Kuah:
(kita memang xsuka guna ajinomoto atau apa2 pasti sedap ke cukup rasa ke rasakaannn ke. memang xda. Mama pesan, kalau tak nak guna tu semua lebihkan bawang. Guna kemanisan bawang. #TipsMama)

*7 biji bawang merah yg warna hitam tu. (bawang india)
*4 biji bawang putih
*1/2 inci halia
*1/4 inci kunyit
1/3 inci lengkuas (di titik)
2 batang serai (di titik)
2 sudu rempah sup
Adik beradik rempah tumis. (Kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga and kita tmbah lada putih)
1/2 ekor ayam
Garam secukupnya
-> di titik tu kita letak dalam batu tumbuk lepas tu tumbuk bagi leper sikit2 kira mcm pecahkan la)


Cara penyediaan:
Blend bahan-bahan * sehingga tidak berapa lumat tp halus. 
Tumiskan rempah tumis sampai naek bau, kemudian masukkan lengkuas dan serai yang di titik. Gaul2 sekejap, masukkan bahan yang di'blend' tadi. Masukkan dua sudu rempah sup dalam blender yang ada lebihan bawang td, tuangkan sedikit air larutkan rempah sup. Tumiskan bawang td sehingga naek bau dan tuangkan bancuhan rempah sup td ke dalam bahan tumisan td. Gaul sehingga sedikit garing dan pecah minyak. Masukkan garam kemudian masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk dan gaul sedikit. biarkan sekejap around 3-5 minit. Kemudian masukkan air ke dalam periuk sehingga paras air cukup-cukup menutupi paras ayam. (Dont to much, nnti kuah xckup bawang pula). Lebih kurang dalam 20-30 minit, keluarkan ayam bahagian daging untuk digoreng dan dicarik-carik dagingnya. Apabila kuah sudah mendidih, adjust rasa. Tambah garam jika kurang masin.

Gorengkan ayam rebusan yang diangkat tadi sehingga warna kekuningan. Xperlu deep fry, xperlu lama sgt sbb isi ayam dah masak. Apabila sudah kekuningan, angkat dan toskan. Carikkan daging apabila sudah sejuk. 

Bahan Hiasan:
Soo Hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daun sup
Bawang Goreng
Taugeh (dicelur sekejap)
Begedil
Sambal Kicap

Cara penyediaan sambal kicap:
3 ulas bawang putih, 
1/2 genggam cili padi
sedikit gula
Kicap

Blend cili padi, bawang putih dan sedikit gula, campurkan kicap sehingga warna menjadi gelap.

Cara penyediaan begedil:
4 biji kentang besar
1/2 keping daging cincang ramli
2 biji bawang besar
Daun sup
Bawang goreng
Lada Hitam (ditumbuk halus)
Garam

Kupaskan kentang dan rebus sehingga empuk. Angkat dan toskan. Potong dadu halus bawang besar. Tumiskan bawang yang di potong dadu halus bersama daging cincang dan lada hitam sehingga daging masak sepenuhnya. Angkat dan toskan minyaknya. (prefer guna daging instead of ayam sbb daging kering sikit, ayam basah sikit.) Lenyekkan kentang yang sudah ditoskan tadi sehingga lumat. Masukkan bawang dan daging yang ditumis bersama lada hitam td ke dalam kentang lenyek. Masukkan bawang goreng yang dihancur-hancurkan dan juga daun sup. Tambahkan garam secukupnya. Gaul sebati dan rasa. Selesai semua bentukkan bulat2 dan leperkan sedikit. Celupkan dengan telur yang dipukul sehingga parah  dan goreng di dalam minyak yang panas tetapi api yang sederhana panas. 

Boleh makan dahhhhh!





2 comments:

Wahidah Aziz said...

fuyoh suri rumah sangat blog kau sekarang. seronok nye boleh menggemukkan husbaneyyy

Ct DJa said...

hahahaha. suri rumah lew uols. dah ada husband kenalah gemokkan husband. kehkehkeh. tp xjugak, aku jugak yg bising kalau perut boyot sgt. kena jaga sikit. baru sexeyh. LOL LOL. kau bila lagi? cepat2lah suruh sayang masuk minang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...