Saturday, July 5, 2014

Resepi Cookies choc chip

 Intro, bg gmbar Ash masa mula2 ambil dulu sikit. hehe :*


Cookies by me. 

Bahan-bahan:

Bahan A
1/4 cawan gula castor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu besar susu segar
1/2 sudu kecil vanila extract

Bahan B
*2 cawan tepung gandum
*1 sudu besar serbuk koko
*1 sudu besar tepung jagung
*1/2 sudu kecil cream of tartar
*1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/ badam
1 cawan chop chip.

Mula2, ayakkan bahan B*. Kemudian, dalam bekas lain, kacau sebati semua bahan A sehingga betul-betul sebati. Nanti warna dia akan jadi like creamy white sikit. Dengan menggunakan spatula kayu, bukan spatula lab yg kecil tu ye, nnti xsiap2, masukkan bahan B yang diayak td sikit demi sedikit. Guna kaedah kaup balek. Kalau boleh ikut lawan jam. Xtahu sgt kenapa, tp dr kecil mama mmg ajar, kalau kacau kuah ke, buat kuih ke apa2 yg kena kacau memang kacau lawan arah jam. Nak lg bagus, masa kacau tu zikir la sikit. Moga2 org yg makan pun rasa tenang je, sampai dah habis sebalang baru sedar dia makan satu balang. kekeke. Habis masukkan tepung, masukkan kacang and choc chip, kacau sampai sebati. Letak dalam fridge sekejap sementara tunggu oven panas. Dalam masa tgh tunggu tu boleh la sediakan loyang pembakar, lapikkan dgn baking paper, sediakan bekas tapis utk letak cookies yg panas nnti before masuk botol.

Once oven da panas, keluarkan doh td, guna sudu je. agak2 hujung sudu dalam 2 cm diameter dia, susun dalam loyang pembakar. Guna garpu, tekan bg ada tekstur garis2 atas cookies. Bakar dalam temperature 160degree celcius, (15-20 min). Agak2 dah bau tu kena tgk2 la. Boleh angkat kalau warna dah dark brown. Biar dia sejuk baru nampak dia punya rangup. Panas2 memang mcm lemau. Jangan bakar balek, nnti Ireng bak kata orang jawa. hehehe. Kalau nak lagi rangup, letak emplex. guna 1%. kita guna sukatan just a pinch tu. hehehe.

Selamat mencuba!

Kredit resepi: http://aziejaya.blogspot.com/




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels