Sunday, August 24, 2014

QC Executive

Hye!

QC executive, yup! itulah tittle saya sekarang. Walaupun apply jawatan QA exec and offer letter sebagai QA Exec, but apa yang saya buat sekarang ialah QC exec. Why saya meletak tittle QC exec? Sebab sekarang saya berada di kilang dan sibuk mensiapkan persiapan utk audit tomorrow.

Bercerita pasal kerjaya,

Saya adalah graduan dalam bidang kimia tulen aka Pure Chemistry dan sebelumnya bekerja sebagai assistant chemist di sebuah kilang cat, (coating company) selama 4 bulan, dan seterusnya sebagai ahli kimia atau chemist ataupun lebih tepat kepada production chemist, selama lebih kurang 2 tahun di kilang sabun, dan pernah menjadi sales exec utk barangan medical selama 2 bulan, dan sekarang saya bekerja di sebuah kilang makanan sebagai QC exec.

Lihat, dgn berlatar belakang-kan bidang kimia, saya masih boleh diterima kerja di kilang makanan which is agak menyimpang jauh. Bagaimana saya lakukan? Dengan menimba sebagai QC Chemist dikilang lama, saya telah belajar how to become QC, how to do QC job? what is QC?

Secara kasarnya, QA is more on documentation, which is more on how you nak prevent NC on your product, your SOP? CCP? Applying cert and etc. Tp, QC pula more on how you control the quality of the product. Like more on job punya quality checking. Got Incoming checking, online checking iaitu during production running like packing and last outgoing checking. Normally you will have QC inspector that report under you and they all akan buat semua inspection nie to ensure goods yang keluar meet our desired quality.

So, kepada mereka-mereka yang telah mengambil bidang-bidang pengajian yang akhirnya akan berkerja di kilang-kilang pembuatan aka manufacturing tak kira la FMCG (fast moving consumer goods) atau pun tidak, saya cadangkan labih baik sekiranya anda menceburkan diri dalam bidang QA/QC dimana anda akan mudah diserap masuk kemana-mana kilang kerana asasnya adalah lebih kurang sama dan it's good for your career growth. Walaupun sebenarnya saya sangat rindu menjadi seorang chemist. T_____T

And.. that is what I'm doing today. Bekerja di hari ahad kerana esok hari ada audit and this is my first audit here, tak tahu selok belok di sini dan kena belajar banyaaakk sangat benda. Hope this entri dapat membantu anda-anda yang membaca mungkin bukan utk anda, tetapi utk keluarga, jirang tetangga, junior2, rakan2 dan atau sesiapa sahaja.

Nie kes stress sgt xdapat terima hakikat kena kerja hari ahad! stress! haha! anyway, I love my job.

masih teringat kata-kata seorang rakan di kolej za'ba ukm dulu, Nadia geologi.
"Diamond datangnya dari tekanan dalam bumi selama bertahun-tahun."

Ini fahaman dr mereka yang bukan geologist...// Jika kamu ambil tekanan yang kamu hadapi hari ini dengan baik, kamu bakal menjadi seperti berlian. selepas kesusahan, pasti ada kemanisan//. Itu yang saya rasa sekarang. Saya belajar banyak perkara (Alhamdulillah) dr company lama. Bukanlah banyak sgt kerana ilmu itu xkan pernah habis. Tapi tekanan, sakit perit dari company lama banyak gunanya di sini. dan saya bersyukur dan sgt berterima kasih kepada company lama, boss dan senior2.

Dah! tanak jd sasterawati lagi. banyak kerja! bye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels