Saturday, September 12, 2015

Resepi: Laksa

Hye!  

Smlm aku masak laksa sendiri for the first time. Kira first attempt and terus succeed la. Ceh! Poyo! Hahaha. Sbb sgt snang hokey. Dulu ingt nak buat laksa nie leceh sgt and susah. Yelah, mak aku buat laksa nie bukan hari2. Padahal snang sgt smpai boleh je nak buat hari2. Lol 

Nasib la echa mungkir janji nak buat laksa after one week janji nak dtg rumah aku buat laksa. Tengs mungkir janji cha. Hahahhaa.

K, the recipe as per below: 

Ikan kembong. Sbb aku buat utk 2 org makan dan berulang 3 kali sorang(hahaha) aku guna 3 ekor ikan kembong yg besar satu tapak tgn aku. Kalau yg kecik biasa2 tu boleh la guna 6-7 ekor. Rebussss dgn 2 keping ke 3 ke sukatilah asam keping. Sampai ternaik isi kat ekor ikan tu. Lpas tu guna sudu amek isi ikan tu letak dlm blender. Tulang sume takyah nak amek. Termasuk tulang yg kat tgh2 antara isi belah kanan n kiri tu. Tulang kat dada, kat tepi pun kena hati2. Kira pure isi ikan. Pastu blend semua dgn air rebus ikan td. Pastu masuk dlm periuk nak buat kuah laksa. Pastu rebus la semua tulang temulang ikan yg tinggal td dlm blend yg sama. Habiska. Semua air rebusan ikan td. Kalau xckup tmbah air time nie. Oh ye, kepala ikan tu terpulang la nak blend skali ke x. Sbb kpala ikan nie xbape elok. Huhu. Maksud aku utk otak la. So, after dah blend, tapis guna ayak. Sbb sieve dia kecik kan. Tanak ada tulang masuk dlm kuah. So korang akan makan tanpa was2 termakan tulang yg tajam. Huhu. 

Dah tapis air tulang ikan tu td dlm periuk kuah laksa, masukkan dlm 2 sudu cili boh. Aku xpandai nak agak guna lada kering berapa sbb mmg pakai cili boh siap blend beli kat pasar. Korang agak sendiri la. Pastu rebus cili, isi ikan dgn kuahnye, asam keping dlm 3 keping, garam secukup rasa, bunga kantan, and daun kesum. Resepi nie xda bawang and belacan tau. Bwg besar tu nnti ada time hiasan je. Belacan aku xletak nak elak muak. Tekak meragam sikit la nie. Agak2 mendidih kau rasa la kuah tu. Make sure rasa jgn ada yg kurang2 kalau boleh mng terasa masam and masinnye. Sbb nanti nak makan dgn laksa yg tawar. Kang xckup rasa pulak. Kalau daun kesum kurang pun tmbah. Nnti bau hanyir ikan kuat. Biar wangi2 gitu. Dah siap... Rebus bg lama sikit tau. Guna api perlahan je. Biar isi ikan tu serap kuah tu and bagi kuah tu pekat sikit. Dap2. 

Pastu kau rebus la laksa rm3.20 kau tu. Huhu. 

Hiris bawang besar, cili api, timun, salad, nanas (option), rebus telur and potong limau sambal. Siap. Mcm aku malehhh, so cili api, bwg n timun je. Limau ada, tp aku xsuka letak. Husband je letak kalau dia nak la. Siappp!!! 

 
Lain kali nak try masak smbil pejam mata la. Jd x? Kahkahkah. Eksyen gilaaaaa. Bye! 

2 comments:

Wahidah Aziz said...

kannn. memang senang gila masak ni sebenarnya. campak n tadaa jadi laksa penang. hahaha. sedap nyee jijah. aku pun teringin ni cemane ni? T_T

Ct DJa said...

Kannn. Ape lagi weyh, bedesup ke dapur la. Kalau x ke dapur ke johor meh. Hahahahahha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels