Wednesday, March 21, 2018

Langkawi Day 2.

Hello! So jom kita sambung aktiviti hari ke-2.

Pakej island hopping yang kami beli masa day 1 semalam akan pick up kami depan hotel. They all mentioned tunggu depan hotel pukul 9 and lekatkan ticker AB warna hijau dekat baju kita untuk orang dia recognize kita. Sticker ni dia bagi masa kita dah buat payment semalam. Jadi, jangan hilangkan tau! Pagi tu, lepas sarapan pukul 9, van pakej kitorang dah sampai. Banyak jugaklah yang menunggu bawah hotel ni. Ada yang sama pakej dengan kitorang, ada yang ambil pakej dari orang lain. Nasib van kami sampai dulu, kalau tak gigit jari jugak tengok orang dah naik van tinggalkan kita. hihihi. Van muat-muat je, takda extra space dan tak jugak bersempit2. dah kira cukup2 agaknya. Oh ya, pakej island hopping ni ada 2 sesi ye. Sesi pagi iaitu kami ambil, 9-12 dan petang 2-5 mungkin.

Lepas van dah sampai dekat tepi pantai tempat kami akan naik bot tu, ramaii sangat orang! Ingatkan kami yang awal, ada ramai lagi lebih awal. hehehe. Tak lama lepas kami sampai, and next, next group sampai, tak lama lepas tu dia panggil nama pakej kita. Sementara tunggu they all panggil kita tu medina main la pasir halus pantai langkawi tu sambil mummy dia ni tgk orang ulang alik isi minyak boat. Tak lama lepas tu dengar la nama AB dipanggil dan suruhnya berbaris. Ok, one more tips! Masa beli tiket island hopping tu, if korang datang by group. beli tiket sekali, means beli under satu resit berapa orang. Sebab masa berbaris tu, dia bukan panggil row by row naik satu boat. Dia akan pergi setiap row and tgk resit orang depan dan releasekan orang depan. let say dia kata buat 4 baris. Dia pergi ke baris pertama dia mintak resit, lepaskan orang tu. kalau ada 2orang, maka 2 orang akan pergi, kalau 4 orang satu resit, 4 orang akan pergi. and dia pergi ke baris ke-2, 3,4, dan begitulah seterusnya sampai habis. bukan habiskan barisan pertama baru barisan kedua. bukan ye anak2. Nasib kami semua dalam satu resit, maka kami naik sekali satu boat. Tp boat kali ni ramai pelancong, driver boat dah best sporting jugak main corner2 atas boat, tp sebab hambar dan krik2 dari penumpang maka sekali tu sajalah dia buat onar. Lain betul masa pergi mangrove tour dengan family dulu. Pakcik makcik kecoh, bila driver boat buat corner, masing2 bersorak takut dan seronok! Bertambah sakanlah driver tu main corner! hahahahaha.

Pakej ni kami pergi tasik dayang bunting selama satu jam, eagle feeding, sekejap sahaja (and takda penerangan pasal burung helang tu, compare masa pergi mangrove dulu. so, nasib baik dah pernah pergi mangrove dulu), lepas tu mandi-mandi di pantai beras basah satu jam! Dekat tasik dayang bunting tu dinasihatkan kita pakai life jacket mandi di sana. sebab dia memang open tasik sedalam berapa meter tak ingat. Ada kes, orang pandai berenang pun boleh lemas sebab disedut kedalam tasik. So, beringat sebelum terkena ok! Sewa di bawah tasik lebih murah dapat RM3 berbanding dekat atas RM5. So husband rugi sikit sebab sewa dekat atas. Untuk medina mula-mula nak beli pelampung, tp lepas tgk harga sewa tu murah, sewakan dia life jacket untuk budak2 tu hanya RM3. Seronok dia mandi, sampai tak mau daddy dia pegang. hahahaha. Tapi of course jangan nak berangan la. Bila dah nak habis satu jam tu, ambil dia naik atas, apa lagi drama samarinda pun bermula. She don't want to stop! nak swimming nak swimming dia nangis. Nasib baik mummy ada prepare roti gardenia jagung her favorite and cepat-cepat suruh daddy pun naik atas. Takut nanti dia tgk daddy berendam, dia nak berendam lagi. Masa nak sampai ke tasik dayang bunting ni kita kena jalan kaki dari jeti ke dalam untuk jumpa tasik ni. sebab tasik ni dalam pulau. So agak penat jugaklah, ibu mengandung ni memang cramp kaki masa nak keluar tu. huhuhu! annnddd, sila bawak beg yang bertutup kalau bawak makanan ye. Sebab kat sini banyak monyet-monyet gengstar pow makanan! Nasib cousin kat langkawi tu dah pesan siap-siap! Kita simpan bekal kita dalam bagpack kita. Cuma masa balik tu sempat jugaklah roti medina di pow oleh monyet tu. Daddy bagi separuh tu kat monyet, separuh lagi kena menyorok makan. hehehe!

Kemudian kami pergi tengok eagle feeding, ada la few boats yang berhenti and penumpang dia bagi roti. Boat kami berhenti tak lama pun, dalam 5-10 minit kot. Lepas tu terus pergi ke beras basah. Masya Allah cantik sangat dengan air yang biru jernih dan monyet! Jaga-jaga makanan ye. Ramai jugak awek dari China di pow makanan and minuman they all. hehehe. Oh ya, dekat area sini ada ikan cantik-cantik, lagi-lagi area bawah jeti tu. Boleh la snorkeling di sini. Me and medina kami hanya mandi saja. Daddy saja yang bersnorkeling dengan kawan dia. We are sunburn! Tengahari tu makan bekal sandwich yang sempat aku buat pagi sambil tunggu boat sampai.

Off we go balik hotel and berehat! Totally penat! aktiviti petang ni cuma pergi makan laksa ikan sekoq dan jalan-jalan pantai cenang.

Berkumpul depan hotel. Yang hijau tu sticker AB, husband tampal kat bahu baju. 

Anak dara I kemain happy!

She look so big in this picture.

Sebelum sampai tu, boat tu berhenti depan ni tunjukkan bentuk dayang yang bunting tu. 
Seriously dekat langkawi banyak batu-batu yang berbentuk and kalau nak tengok, 
aku cadangkan ambil pakej mangrove tour! best jugak! 

Jeti ke tasik dayang bunting kalau tak salah. atau beras basah. 

See medina! I told ya. 


Selfie lepas balik dari tasik dayang bunting. mummy tak mandi kat tasik. Pakai seluar berat! hehehe. 

 Pantai beras basah! cantikkan view dia. Masya Allah. 

 Trip kali ni lain sikit dari trip sebelumnya. If you ask me, i won't repeat pergi island hopping ni lagi. Tp to Langkawi again? Yassss! I want stay at the beach and mandi pool while bersantai dekat cenang street! heeehhee. Hari ke 3? Nexttt!






No comments:

Labels