Thursday, March 22, 2018

Langkawi day 3

Hello! This is schedule post! I dah type hari sebelum dia di post. hahahaha!

Ok, jom kita sambung hari ke-3 di Langkawi. Harini ikut plan asal, kami nak pergi Cable car sepagi yang boleh, tengah hari sambung ke makam mahsuri, beras terbakar, MH saujana (kedai gamat), Dataran Lang, and HIG (Shopping chocolate)

Tapi kita hanya mampu merancang, tuhan menentukan. Me and Medina so tired until tak boleh nak bangun dah. hahahahaha! So, kami agak lewat untuk ke cable car. Dengan naik motor kami gigih jugaklah pergi ke cable car which is dekat 30-40 minit jugak naik motor ke sana. Kami bertolak dekat pukul 9.30 pagi masa tu. Since kitorang dah naik sebelum ni, and medina pun rasanya kecik lagi untuk tengok view dekat atas, we decide not to follow alif and alesya (partner travel merangkap kawan husband) untuk pergi. So, kami cuma makan dekat food court dekat area situ (Kedai makanan german if i'm not mistaken, recommended untuk try) and jalan-jalan dekat kedai bawah tu. Bagi makan ikan, makanan ikan boleh beli dekat kotak-kotak kecil dekat tepi kolam ikan tu. Banyak ikan kelaparan, sambil layan medina bagi makan fish! hehehe. Dalam pukul 11, alif call suruh kitorang balik dulu since ramai kat atas tu. So, kami pun balik la. Plus medina dah tunjuk signal mengantuk dan penat. Baik kami rehat sebelum sambung aktivity petang. And yes, medina tertidur atas motor. kesian dia. Plan asal, harini nak sewa kereta. but akak tu cakap kena pick kereta and pulang kereta dekat airport, so kami decide untuk sewa petang saja. Alang-alang esok flight petang so takpayah call grab dah. Tu yang naik motor je. Balik bilik, lunch and tidur rehat.

Tengahari pukul 2 mcm tu, alif pun dah balik and rehat, husband dengan dia pergi settlekan hal pulang motor and sewa kereta. Pukul 4 kami sambung keluar, and cancel pergi makam mahsuri, pergi beras terbakar pun kedai banyak tutup. Sebenarnya kita pergi sini sebab nak beli kain batik je. Murah-murah dekat sini. And pada sesiapa nak beli cenderahati keychain fridge magnet pun boleh beli dekat sini, memang murah berbanding tempat lain. Since kedai tutup, kami proceed pergi ke MH Saujana pun tutup jugak. hahahaha. Oklah, tempat yang confirm belum tutup adalah dataran lang (???) and HIG. Last time pergi dataran lang waktu malam. Kalini pergi waktu petang. So gambar lebih cantik la. Sempatlah posing dekat depan helang yang besar tu.

Anddddd of course shopping chocolate. Since dekat jb dah ada kedai chocolate murah jb, so nafsu berbelanja terkawal lah. Hanya spend Rm200 je untuk chocolate semestinya yang takda dekat kedai coklat murah tu.

Whitaker's Bar Almond yang besar 250g tu hanya RM15++, beli chocolate ritter sport (RM 5.70) of course, nutella spread (RM12) tak ingat berapa gram punya tp besar jugaklah, nutella n go , beli nutella waffle ke ape nama dia untuk medina, pepero and daim as ole2 bagi kawan-kawan office. Sebenarnya ada sambung sikit lagi beli dekat chocolate valley dekat underwaterworld cenang.

Lepas tu balik tu kami singgah dekat telaga walk konon-konon nak makan nasi arab, sekali kedai situ cakap, pergi pantai cenang, branch sana yg ada nasi arab. kfoine, kami pun balik ke cenang and makan nasi arab dekat telaga arab, pantai cenang. VERY RECOMMENDED! seriously memang sedap! Nasi mandynya nasi khabsahnya dengan kebab dia superb betul! teringat-ingat lagi. Jangan baby mengidam nak makan lagi sudah. Takpa kita boleh pergi al-hanin taman rinting sini. hahahahaha! Harga pun average dalam RM30 sepinggan dengan portion yang sgt besar! Kalau tak kuat makan boleh makan 2 orang. hehehhee. Balik tu apa lagi, tidur laaa kepenatan. Tapi husband pegi basuh baju kotor dekat dobi layan diri area telaga walk. nak balik kan. takmau bawak baju kotor banyak-banyak. hehehhee.

Esoknya nak balik. So, kami decide nak terus check out, and teruskan aktiviti haritu untuk pergi Underwaterworld, Gamat MH saujana and beras terbakar kalau sempat.

Pagi-pagi tu kejut medina awal-awal sebab nak ajak dia pergi main pasir dekat pantai and mandi swimming pool, kesian dia ajak mandi swimming pool dari semalamnya. Asyik layan kehendak orang dewasa je kan. So, pukul 7 lagi dah bangun and terus ke pantai. Sempat beli nasi lemak dekat food truck depan hotel. Sedap gila nasi lemak daun pisang dia. Tak pasti berapa harga, RM1 kot, sebab husband yang beli. kita terus ke pantai dengan medina. Ingatkan dia beli roti canai sekali dekat situ rupanya nan-hado. dia beli nasi lemak je. kecewalah aku. hahahaha.

Lepas main pasir dekat pukul 8, ajak medina balik hotel mandi swimming pool. Dia kalau dah syok main susahlah nak ajak balik. seronok sangat main pasir tu. Sesi pujuk memujuk pun bermula sampai she ok and agree balik hotel sebab nak swimming. Terus ke kolam dan swimming. Puas jugak dia swimming, pukul 9 naik hotel tanpa paksaan sebab dah kesejukan dan siap-siap packing barang yang tak habis packing malam tadi. Pukul 10, kami check out dan terus ke underwater world. Dekat sini seronok jugak sebenarnya bila kita bawak budak kecil, untuk orang dewasa pun boleh la. tengok ikan yang besar, tengok penguin yang seronoknya. Penguin ni comel sebenarnya, dia punya perangaiiii ya ampun. hehehehe. Keluar je dari underwater world tu terus ke chocolate valley. Apalagi, sambung membeli la. Aku grab lagi daim sebab rasa mcm tak cukup dengan chocolate berryl's yg bulat-bulat tu. Lepas tu sambunglah ke Gamat MH saujana, (jangan lupa beli minyak akar seruntun! banyak kegunaan and bagus sangat untuk lenguh-lenguh kaki. mmg ada dekat MH saujana sahaja).Kemudian, alif dan repeat HIG and makan tengahari dan terus ke airport.

Habislah vacation kami kali ni. Nextttt! kemana kita ni? hahahaahhaa.



No comments:

Labels