Monday, April 20, 2020

Kenangan

Hi,

harini mood aku ke laut dalam. dah lama gila rasanya tak post apa2 kat sini. As Noah pun dah 1y ++ august ni he turn to 2y. and kakak, next 9th Mei ni she turn to 4! OMG cepatnya masa berlalu. kadang tengok they all tidur macam tak percaya pulak la dah ada anak. kalau teringat pulak zaman belajar tak percaya pulak dah kawen! apakah?

Harini aku tak boleh tidur, sebab sakit hati. sakit hati yang sangat2. sampai aku rasa nak meletup gila. selalu aku sabarkan je hati, tp rasanya dah maximum kot. lantas aku buka FB. dan mula la tengok kenangan2 lama. kenangan 2010! what the hell. lepas tu terus terfikir, ni ke balasan yang aku dapat. ah kau, time happy tak ingat pape. time mcm ni baru la teringat buat orang itu ini. shut up!

dunia ni kan macam roda. bila aku ingat balik, aku tak pernah pun officially mintak maaf. KALAU lah yang berkenaan ada singgah kat blog usang aku ni, aku mintak maaf. banyak dosa aku kat dia. and banyak2 orang yang berkenangan dengan aku, aku mcm paling rasa bersalah dengan dia ni. tp yelahkan masing-masing ada kehidupan sendiri dah. benda dah lama. kau nak ungkit dah kenapaa dja oi. bukan apa, nama tajuk pun kenangan. kita cerita pasal kenangan je la. dalam blog aku ni banyak je draf lama2 yang dulunya post, tp aku tukar jadi draf. sbb contentnya mmg layak berada di draf sama jugak yang dulunya cerita hidup aku but now semuanya jadi ingatan je. tak layak lagi jadi bualan.


phone owner


teringat pulak zaman aktif kolej. seronoknya masa tu. kawan-kawan yang rapat waktu tu pun dah tak rapat. masa, jarak, status semua jadi sebab why we were apart. maybe in real life, but not in memories. gituh! nyanyi lagu memories sikikkk. hahaha.

geng kelopak... of course! maa, baby, fana and ecah. masing2 dah beranak pinak. and teringat why la nama geng kami ni kelopak. lewlss. ceritanya masa kitorang student dulu ada cerita KAMI, and keluar pulak KAMI the movie. masa tu kitorang ni 1st year lagi. so dalam tahun 2008 camtulah kot cerita ni keluar. or 2009 awal. either one. kitorang berlima ni p tengok wayang cerita tu and decide to put our group name as KAMI. pepoyo sikit. hahahaha! kitorang ni sesama geng kimia, dok satu kolej. so mcm rapat lahh.

so bila kitorang ni KAMI, sat lagi ada group satu lg pun KAMI jugak. kahkahkah!! which is group ayu, mizah, jihah and geera. lawak ok. masa tu kitorang mcm xpuas hati apesal nak tiru kann. hahahaha so datanglah pulak additional name iaitu kelopak. why??! sebab kitorang suka ambil gambar mcm bunga kelopak! eh, kelopak bunga. wait, lemme find contoh gambar.

... after sekian lama, malangnya tak jumpa satu pun kat fb. even cari dalam draft blog pun tak jumpa.

andd.. another KAMI group call yunkies. hehehe. so, akhirnya takda pun KAMI tu. yg ada kelopak and yunkies je. Kitorang siap beli baju and cetak tau baju tu muka kitorang. gigih tak gigih la. hahaha. but masa 3rd year tu ada la krisis sikit2 dgn one of group mmber. tapi cerita lama. now ok dah. but always love them. rasanya if i was still staying there, KL i mean, mesti selalu jumpa lagi. semoga tahun depan kita dapat kumpul sesama ye korang.








tetiba jumpa pulak! this is the kelopak i told ya.
















No comments:

Labels