Tuesday, April 22, 2014

Lil project

Hai! 

Semalam mood utk kerja mmg xdatang langsung. Pergi office pun da lambat, sampai office pun dkat pukul 10. Since da tender resignation letter mmg takda mood nak kerja plus kerja yang mmg kita xrasa happy malah over stressful! Lepas dah siap2 hantar weekly report, funnel report and so on bla bla, dalam lepas lunch tu terus drive pergi HSA; Hospital Sultanah Aminah. Luck mmg baik, sampai2 terus dapat parking. Routine harian selalu bukan make up dkat rumah before pergi kerja, tp make up dalam kereta before jumpa supplier. HAHA! Mmg xkesahlah org kiri kanan pandang pun. Habis konon2 da siap semua, terus rasa malas nak turun kereta plus hujan yang renyai2 since morning non-stop menambahkan lagi rasa kemalasan tu. feeling time tu ala2 cuaca mcm cerita twilight. HAHA! So, secara drastiknya batalkan niat nak turun, keluar parking menuju pasir gudang. Home! Teruk gilaaa. 

Then, before smpai rumah berkira2 nak buat cookies lah and nak masak harini. Selalu mcm tu, kalau mood swing buat kerja cecepat, jumpa org cecepat lepas tu balek beli barang dapur, masak. Bestt!! So, balek tu singgah econsave dkat taman scientex (ejaandiragui) and beli barang2 utk buat cookies. Choc cookies! Yeay! And keluar je econsave nampak ada makcik jual ketam, so beli lah setengah kilo = rm9, ingtkan murah, rupanya tidak. Sbb size dia sedang je bukan size besar. Setengah kilo dpt dlm 5 ke 6 ekor mcm tu. 

Sampai je rumah kemas rumah dulu, rumah tu mmg jenjarang kemas. Hehe. Mop lantai, bersihkan bilik Ash and Cassey, lpas tu mandi and masak. Ketam = masak lemak cili api, puas hati lah jugak. Husband and kawan yg kita jemput dtg rumah utk makan pun puji, apentah lagi diri sendiri. Kekekeke 


Gedik betul puji diri sendiri kan? Hehehe. 

But actually, entri kali nie nak post pasal lil project iaitu buat cookies. Nak try bake utk project hari raya nnti. Tp mukadimah panjang sgt kann! Taraaaa! This is the cookies. 


Nampak menarik x? Ada lagiii. Taaraaa!! 


Nie gambar dalam bottle, lil project ne kengkononnya nak jual kuih raya. Nak buat biskut raya simple2 and nak jual. So kena lah practice dulu. So far, sapa yg xsuka manis tu, cookies nie dah cukup perfect. Manis sikit2 tp xlah smpai xmanis langsung. But for me yang mmg suka makan manis2 mcm macaroon, and famous amos cookies, biskut nie rasa mcm plain. Xcukup manis. Xsuka manis biasa2 utk makanan yg perlu manis. So, next trial kena tmbahkan gula. Nantikannn. Kalau dah jadi, boleh lah ambil tempahan. Sesiapa nak tempah pun boleh lah. HAHAHA! 

Siapa2 nak resepi boleh google 'cookies choc ala2 famous amos'. Resepi nie ambil dr blog kak azie. Update pakai fon, susah nak attach link. 

So, selamat maju jaya!! 


2 comments:

Unknown said...

dja minat baking ya... msti sedap..lps ni nk order..dja..how to follow ur blog ha? xde pun button tuk follow

Ct DJa said...

ha'ah, minat sgt. hehehe. wah! boleh boleh. tp tunggu kita betul2 confident okeh. sekarang tgh nak test2 nie. few to go. hehehe. ;) dah boleh follow dah seha. xperasan byk remove side bar haritu.

Labels