Saturday, July 5, 2014

Rumah

Hai!

(dah sepuluh minit berenti xtau mcm mana nak sambung...)

Hai kembali. LOL

(best jugak habiskan entri dgn hai sajor) hahahahaha!

Hai. (jangan buat gila)

Okelah okelah. Sebanarnya nak cerita bagaimana lalui hari2 sukar tanpa Ash and Cassey baby. (Mommy miss u :,( sobs...) What did I do nak kurangkan rasa kesepian and kerinduan yang melampau-lampau. Now dah okeh sikit. Boleh sebut dah kucen dah xda, da boleh cerita tentang kelatah they all tanpa linangan air mata. Cewah. Suami pun da tak risau bila tinggalkan isteri sorang2 sebab kena kerja hari sabtu.

First few days tu mmg teruk bona. Menangis-Cry-Menangis-Cry. Tu je kerja harian bila kat rumah. Bila kerja okeh, bila dkat rumah menangis. Nak nak bila Cassey pulak yg pergi. The whole day Saturday tu mmg rasa sgt down and depressed. Husband pun sama, kita baring sama2, hold each other cerita pasal Cassey and Ash and menangis sama2. But he get stronger faster than me. Bila tgk kita menangis je kerja mcm free sgt takda kerja lain, dia risau. Hari2 tenangkan kita, suruh kita ingt tuhan. Gila melampau kan sedihnya tu. Tp I easily get distracted by baking anything. tp bukanlah bakar rumah woi! Mcm hari ahad tu, ckp dkat husband nak baking. Terus laju je dia layankan. Beli barang2 buat cookies, and I want to make my own pavlova. Sangat mudah nak buat tp belum pernah buat. So, malam tu kami all out. Saya buat pavlova saya, he make his own cookies. Hari seterus-terusnya buat carrot cake lah pulak. Fun! and slowly get heal from sakit kerinduan yang melampau.

Sekarang nie better la. Just rindu2 tanpa air mata je selalunya. Tp bila tiba hari sabtu tanpa suami mcm hari ni teringat la jugak. They all mesti main dpan mata kita, kalau kita kat bilik, they all berkejar-kejaran dalam bilik, kalau kita on laptop they all terus panjat katil nak jugak main laptop. HAHA! penyebok No 1. Kalau kita masuk toilet, dua-dua dduk dpan pintu tunngu kita keluar, kadang xkunci pun pintu, sebok nak jugak join masuk bilik air. Lepas tu kita buka shower, kena air dkat they all mencicit lari. HAHAHA! Tp lepas tu dduk lagi dpan pintu. Bila kita turun tangga cecepat they all lumba, siapa smpai bawah dulu. Ngengada. Bila kita tgk tv, they all sibuk main dkat plug tv. Andddd, kalau kita pergi dapur buka peti aissssss, kuat kuat memasing MEOW MEOW mintak ikan. Time kita kerja oke pulak xda la tgk lapar mcmxjumpa makanan setahun. Sbb balek2, tgk biskut they all xhabis pun. ada je lagi. Tp kalau kita dkat rumah, pantang pegi dapur. Meow je kerjanya. lapar memanjang. hehehe. Mommy miss u baby. Eh! tgk nie, lain nak cerita, lain kita type.

So, sekarang dah masuk bulan puasa. Alhamdulillah, so far sepanjang 7 hari nie, 2 hari je xdapat masakkan utk husband. Sebab dua-dua hari tu balek kampung, Kluang. Hari-hari lain dapat masak. Selasa lepas masak ayam masak kicap, request by him. hari rabu masak pajeri terung dkat goreng tempeh and telur dadar je. Ingt nak goreng sikit ayam, tp husband ckp tak payah. hehe. simple husband. khamis buat nasi lemak sambal udang, semalam buat udang masak lemak cili padi bersama serai dan daun kunyit. dia mcm rendang minang sebenarnya, bukanlah masak lemak cili padi sgt. hehe. So, harini mcm nak buat soto. Punnnn requested by husband. Hari2 masa buka terus tanya dia, esok dia nak buka apa. So, senang xpayah fikir panjang2 nak buat apa. Jap lagi bersiap nak g beli barang. Ketupat segera dah ada, tinggal nak cr bahan utk kuah.

Inilah rutin harian bila ada dkat rumah. seronok! Kemas rumah, hias rumah, (tp belum berkesempatan nak hias sgt lg). Masak2! yes! masak and baking adalah perkara paling kita suka buat. hehehe. oke, till we meet again. Jap lg nak share resepi. Next time nak buat, boleh refer dkat sini.

Berhibur bersama keluarga di Air Terjun Sagil.

 Selfie with cassey. 

Ash demam time nie. Nak bawak pergi jumpa vet.

 
 Cassey baby manja mommy.

Tgk la best friend daddy, Ash. Muka eksyen. Daddy suka puji Ash handsome. 

Mommy miss u both baby! :,)


No comments:

Labels