Sunday, September 14, 2014

Berjaga malam

Hye! 

See, rajinnya aku update blog sehari sampai dua kali. Mungkin ini yang terakhir utk mggu nie, tapi mungkin tidak sebab rabu nie aku ada audit HACCP yg mana kalau ada audit, pastilah aku stress, dan bila aku stress, pastilah aku cari blog kesayangan tercinta nie. Yang pastinya esok pasti aku xakan update apa2 entri. TAK AKAN! Confident sgt. Mana taknya, esok husband Iols dkat rumah. Yahoo! Ahad yang tidak bekerja. Yahoo! Yahoo.com.my. .....gila.....

Apa kau buat dja oi xtido2, dah malam rabun mcm nie. 

Apalagi, tunggu husband pulang kerja lah. Dah kata rindu sgt siang tadi, selagi tidak berjumpa, selagi itulah mata takmo pejam. Even dah berair mata tiap kali menguap. Wahai husband, pulanglah segera. Isterimu ini lapar baq hang. Kahkahkah. Dasar pemalas! Tadi siang kata buat kerja suri rumah??! Seperti basuh baju.... Basuh baju.. Dan basuh baju... Tq. Masak takda dalam senarai. Xmasak sbb husband xda, dan pulang lewat yg banyak. Jadi malamnya kelaparan dan order makanan bungkus dgn sang suami. 

MANJA 

Ye, itu aku. Sejak berkahwin nie, manja aku semakin menjadi2. Mcm kuih pau yang semakin gebu semakin enak, macam macaroon semakin manis semakin enak, dan macam nasi goreng kampung semakin pedas semakin mengancam! Aduh! Sedapnya nasi goreng kampung ulu yam! :'( jauhnya nak beli. 

Manja yang semakin berlebihan ini sifat yang tidak bagus dan harus dibendung. Umpamanya sekarang. Kalau sebelum kahwin, rindu boypreng (baca: husband) malam tak boleh tdo, call smpai tetido. Tp sekarang dah kahwin, call pun xjalan. Mesti mahu husband. Kalau tidak, rasa sgt sedih dan sgt kasihankan diri sendiri. Kalau malam2 yg husband xkerja malam, xover time mesti suruh dia tidurkan kita dulu, baru smbung main game bola ke tgk bola ke apa2. Kalau bangun tdo, takda dia dkat sebelah mesti mood swing here swing there like hallooo (tetiba iklan mix.fm).. Silap2 boleh nanges yg dipaksa2. Sumpah huduh dja. Kalau haus tgh malam pun sma, nangis.. Haus... Mesti dia turun bawah ambilkan air. Alhamdulillah. Tp setiap org ada kelebihan dan kekurangan. Kekurangan dia biar saya saja yg simpan, dan biar Allah saja yg tahu. Sebab, kalau kita cerita kat manusia, tiada apa yg berubah malah mungkin lagi bawa padah. Tp kalau kita cerita dkat Allah, inshaAllah, Dia pasti bayar dgn imbuhan yg lain. Jadi, pembaca disayangi, (tentulah pembaca tu adalah aku semula, jadi haruslah syg diri sendiri) marilah kita menjaga aib suami, menjaga keharmonian rumah tangga, dan menjaga tugas2 isteri dgn lebih peka. 

Maafkan penulis, konklusinya tidak ada link dgn tajuk. 

No comments:

Labels