Monday, February 29, 2016

Resepi: sup ikan merah

Hahaha! Xmemasal nak post resepi pulak kan. Harini and smlm demam. So, tekak ni nak makan sup panas2 dgn nasi je. Hirup2 kuah. Sedapnya.. So, smlm ajak la husband p kongkong (kg nelayan dkat area pasir gudang ni) cari ikan merah. Husband pun dah beberapa kali sebut teringin makan sup ikan merah mcm nenek dia buat. Alamak! Apa resepi nenek dia? Harap2 lebih kurang sama laa. Lepas dpt ikan lebih kurang 800g, fresh lagi dgn harga rm25, balek senyum senang sbb puas hati. Baca dkat blog org beli ikan merah sekilo dekat rm40. Wow! Rezeki harini.. Alhamdulillah.. Balik tu call mama, tanya sama x resepi sup ayam dgn ikan. Sbb xpernah lg masak sup ikan. Biasa ayam je. Mama kata sama, lebihkan halia je. Ok, noted. Husband call mama dia pulak, tanya mcm mana masak sup. sama jugak, cuma tmbah black pepper. Noted! So, balek bersilatlah masak sup ikan. Nasib dah mntak tlg brother td siang ikan, potong and buang sisik ikan. So, tggal cuci2 and bersihkan apa yg patut.

Resepi:

Ikan merah, kita guna separuh je. 3 potong. 
Kentang sebiji belah 4 atau 6 ikut suka
Bawang merah 2 biji(hiris) 
Bawang putih 2 biji (hiris)
Halia dlm 1inci (hiris pjg) 
Bawang merah 4 biji blend
Basang putih 2 biji blend
Lada hitam satu sudu kecil blend
Rempah tumis sekawan
Daun bawang and daun sup

Tumis rempah tumis sekawan smpai naik bau, masukkan bawang halia yg hiris smpai agak garing sedikit. Jgn layu2 je. Dah garing and naik bau, masukkan bawang yg di blend. Mmg suka lebihkan bawang sbb xpakai pak aji. Smpai bawang blend td dah naik baru and masak, masukkan air, garam and ketang.. Air jgn byk sgt. Agak2 utk 2 atau 3 org makan. Lebih sgt nnti xda manis bawang and ikan. Dah mendidih, kentang dah nak empuk, masukkan ikan. Tutup bg cepat masak. Ikan dah putih tu dah masak la. Hiris daun bawang and daun sup, lepas tu tabur and tutup api. Done. Boleh makan. Oh ye, kalau masak sup ayam kita tmbah rempah sup sikit. Dlm satu sudu. Sikit jer. 

Lupa nak ambil gmbar. Tp husband ckp sedap. Balance ikan merah tu xtau nak masak asam pedas ke sup lg. hahaha! 

Tgk la mana yg rajin. harini tekak xsihat ni nak makan asam rebus ikan kembung pulak. Gara2 mama sebut dia masak ni aritu. 

Next time dah lama xmemasak boleh buka buku resepi blog sendiri. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels