Saturday, June 11, 2016

Pregnancy life: HSA vs HPSF

Hello ok, mari bersambung cerita. Actually hritu dah type panjang2 but then semua hilang. Dah la xda autosave phone nie. Nasib la labuuuuu.. ZzzzZzz

Dah bgtau details dkat nurse dkat Hsa tu, nurse pun buat saringan. Dia check ctg baby. Tp dia kata baby tdo ke ape xtau la. Dia goyang2 perut, dia suruh golek ke kanan kiri. And dpt je graph ctg tu, check VE atau bukaan. Haa part nie mmg sakit ati kita. Ada sorang chinese guy doc pelatih check. 1st time kena doc lelaki mestilah xselesa. Sekali dia check punyalah sakit! Sakit nak mamps!! Mmg aku sumpah seranah la dlm hati. Tp mulut dok jerit adoi laa. Lpas tu ada doc pelatih perempuan dtg tlg checkkan. Ok je. Mmg la sakit and seriau sikit, tp xla mcm doc lelaki td check. Hish! Nyamph aku kalau ingt. Huh! Contraction masa tu dlm 10-15min sekali.. Sakitnya xlama. Maybe 1min or less. And bukaan baru 2cm. So dia suruh tggu dkat luar. Aku pun tggu. Since ward penuh and xda bed, dia xmasukkan ward. Tggu la dgn husband kat luar tu. Mereput. Hahahahaha. Sian husband, pnat xckup tdo dduk kat kerusi xselesa. Satu2 org dtg, mana yg sakit sgt dpt katil kat ward, ada yg dtg tggu and dah 4cm terus masuk lbour room pun ada.. Last2 smpai 4ptg tggu kat dpan tu doc bg balek. Sbb xda progress bukaan. Dia ckp kalau sakit dtg 5min sekali and lama dtg hosp. Bengang jugak la. Bgtau je la awal2.. Pnat kot tggu pkul 8-4 kat kerusi. Aku call mama bgtau, mama bising suruh balek muar. Sbb kat hosp muar xkan lepaskan mcm tu je. Dia akan pantau and masuk ward. Ok.. Dgr ckp mama. Redha la kalau husband xdpt masuk labour room pun. Sbb kat muar kalau husband nak masuk lbour room kena amek kursus and dpt sijil. Wow sgt kann. Jb xpayah. Boleh je masuk..

So after balek tu singgah jusco permas cari sushi king, teringin nak makan salmon skin xdpt2. Jusco tebrau sushi king tutup renovation. But sedihnye jusco permas xda salmon skin. Xpela, makan je ape yg ada. Lpas makan tu, jalan2 lg dkat jusco. Nak mudahkan bukaan kononnye. Balek rumah masak dulu ketam masak lomak cili padi sbb smlmnye p psar pandan ada beli ketam and konon last wish nak makan ketam masak lomak tu. Huhuhu. Lpas masak, makan, kemas brg terus balek muar. Dah malam masa smpai tu. Nasib xsakit tgh2 jalan. Hahaha. Terus tido. Contraction pun masa ni makin hilang dan xda.. Hari sabtu 7/5 tu langsung xsakit, so ape lg. round satu muar p cari makan. Makan cendol 2 tempat, pstu makan char kueh teow kerang.. Mee bandung kot malam tu. Before hari ahad 8/5 tu kena serah diri.. Huhu..

So 8/5 tu bersiap2 lah pergi hospital. Before p hosp singgah wetex dulu nak jugak cari salmon skin kat sushi king tu. And luckily ada.. Before dia open utk service jaln2 p popular book store cari bekalan buku masa kat ward. Husband beli catatan mat lutfi dia, aku beli buku motivasi jd isteri solehah cewahhh and mummy's stress free book. Then ape lagi p la melantak sushi smpai kenyang. Masa ni mama dah bising2 cepatlah p hosp. Hahaha. Ok mama. So kitorang g la hosp. Dlm pkul 1 camtu kot. Kat bahagian saringan tu mcm biasa dia check bp, check ctg, check bukaan. Bukaan still lg 2cm. Hurm selesa betul baby dlm perut mmg tanak keluar. Haihh. Huhuhu. Oh. Lupa. Pagi tu ada lagi show. Kali ni rasanya bebetul show sbb siap lendir. Even dkat hosp tu still ada lagi. And kali ni lagi byk darahnye. Dlm pkul 4 camtuh dpt bed. Esok bakal di induce. Mummy redha.. Sbb xsabar nk jmpa baby. Boleh pulak masa ni jmpa kwan masa kat mrsm. Geng gila2 dulu. Dah bertaun xjmpa, jmpa kat hosp nak bersalin. Dia pun overdue, dkat 10hari kot. Gila kau. Syaz.. Syazz.. Hhhaha at least adalah kawan aku kat ward nnti.!

Ptg tu ayah dtg, mama, mak and pak mertua pun ada. Dok sembang2 smpailah waktu melawat habis. They all balek. Husband pun balek. Mlm tu husband ada hantar sushi lagi, dgn edamame dgn nasi goreng kampung. Byk kau dia nak sumbat kat aku. Hahaha. Xmasuk lagi bekalan kurma, air zamzam lagi. Hhaha. So, lepak2 borak2 ngn syaz, ada doc round ward bgtau esok pg dia masuk ubat induce subuh. So bangun awal2 and solat cecepat. Ok doc. Xtakut langsung perasaan masa nie. Xsabar adlah. Lpas dah habis borak, semua nak tido, aku p la melantak nasi goreng dulu. Masa tu dah pukul 12. Dgn harapan contraction dtg makin kerap and consisten kot2 xpayah induce. Hahha. Lpas makan tidoo.. Dlm pkul 3 pagi tu terjaga sbb nak kencing, and contraction pun dah makin sakit. Xlama lepas tu masa nak tido balek ada nurse dtg nak check bp and ctg baby. Maybe preparation sebelum induce. Tp masa dia check ctg tu, dia suruh aku golek ke kiri ke kanan masa tu. Maybe graph xcantik la kot. Lps xlama tu dia pngil doc dtg tgk. Doc pulak check and tinggalkan jap. Dia dtg balek, and dia refer doc lain pulak masa tu. Doc farhan namanya. Dia pulak check ctg baby. Pun something wrong somewhere. Aku dah cuak dah masa tu. Aku bgtau dia aku dah start sakit.. Tp belum kerap. Dlm 15-10 min sekali kot. Dia nak check bukaan. So dia check baru 3cm.. And dia call doc lain maybe refer lg la kot ke camane ntah. Pastu dia pecahkan ketuban guna benda putih tu, dia bg tau baby dah berak dlm perut and nak buat emergency ceaser. Haaaa masa ni takutnya akuu. Terus ckp kat doc tlg selamatkan baby sy. Xkesah mcm mana cara sekali pun. So, dia suruh call husband dtg sign surat kebenaran. Aku pun call tp xdpt nak ckp, doc yg ckp. Dlm 5.30pg husband smpai, lebih kurang 15min after call tu. Sign surat kebenaran, nurse pun siap2 kn aku. Masuk tube kencing, shave perut, tukar baju semua. Masa tu smpat msg mama, mama buatkan solat hajat semoga semuanya selamat. Sayuuuuu sgt. Xtau apa jd nnti. Selamat ke x aku and baby. Nangis2 peluk husband. Pesan dia bacakan yasin, buatkan solat hajat utk aku. Lps tu dia ikut tolak aku masuk dewan bedah smpai kat pintu. Masa tu aku mntak maaf siap2 kat dia. Doakan aku. Aku pun xstop baca doa nabi yunus tu. Stop utk jawab soalan doc je..

Kat dewan bedah before doc nak bius tu boleh pulak contraction dtg.. So, kat dewan bedah punya cerita kita smbung nnti..

2 comments:

seha fuad said...

sedih pula baca bab dja nk masuk labour room..seha time tu beriya nk masuk labour room. kita buat sekarang doctor. siap bg semangat kt doct tu. tak fikir takut apa dah..huhu..apa punya seha daa`

Ct DJa said...

Kita xmasuk labour room seha, masuk ot room. Mmg sedih sayu semua ada. Risau apa2 jd kat baby and takut jugak if kita yg xselamat sbb mlm tu makan nasi goreng kan.. Kot kena bius satu badan. Huhuhu. Seha bawak semgt bby boy kot.. Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...