Wednesday, September 20, 2017

Short escape to cameron

Hi,

As per tajuk kat atas tu, last saturday kitorang telah p ke cameron highland. mcm mana boleh sampai kat sana tu kadang aku pun rasa tak boleh nak hadam. Dgn bajet yang tight bulan ni sempat lagi aku menghasut laki aku p cameron highland. ni pun gara2 dia la yang asyik mengulang cakap tak pernah p cameron.

So, memandangkan hari sabtu tu hari malaysia, and hari sabtu tu my rest day, maka diganti la cuti pada hari isnin. heaven betul. comp kedua aku rasa hari sabtu cuti diganti hari isnin selepas my previous comp. actually aku berkira2 nak p pantai. aku macam nak p tioman. tp ni musim angin, risau jugak nak p sana. nak p pantai kat sini tanpa booked awal2 mcm suatu yang mustahil la pulak kan nak dapat hotel murah murah harga. hahaha.

ntah idea dari mana datang, aku call huda wife kawan husband aku, darwin. ajak huda p cameron. dia pun teruja mcm aku. hahaha. so, aku ckp dgn dia. aku try usha apartment. kalau ada kosong, and approve aku bgtau dia and confirm p mlm tu. aku pun lelaju scroll airbnb and search dkat cameron and mersing. ntah kenapa kat mersing tu takda yang menarik perhatian aku. akhirnya dpt satu apartment dgn area pasar malam and apartment baru. aku paling suka apartment baru sbb mestilah bersih. hahahaha. lepas confirm booked dgn mr chau, apartment dekat golden hills, 2 bilik, harga RM377 untuk weekend, aku pun call huda. dah confirm, bagitau kita gerak pukul 12 tgh malam ye sebab aku nak basuh baju siap2, kemas rumah sikit and nak tgk super spontan. hahaha. ke mahabla bla spontan nama dia. best sebab ada amy mastura kelakar gila. atu pun kelakar.

gedebak gedebuk, pkul 12 xsiap lagi. barang dah siap packing, tp aku mintak tolong husband basuh baju, tp dia tak basuh. gerammmm je. tinggal letak sabun, softener and on je kot. last2 dekat pkul 12 baru basuh baju and aku text huda, bgtau kita lewat sikit. settle jemur kain semua dlm pkul 1.30 sempat menyambil tu aku goreng karipap vadei and kukus pau sikit. pau dah selamat makan kat rumah. bawaklah vadei goreng and karipap sebagai bekalan. medina mcm biasa, nampak kita sibuk berkemas, dia mana nak tidur. dlm kereta baru dia tidur.

So, gerak dari jb dalam pukul 2 mcm tu. berenti isi minyak sekejap dekat petronas sungai buloh or damansara xingat, solat subuh and berenti dekat rnr rawang untuk sarapan. lepas sarapan terus gerak naik cameron. bila dah sampai exit tapah tu seronoknya. akhirnya sampai jugak ke cameron dgn laki aku ni. last aku pegi tahun 2007 kot. masa kat matrik changlun, lawatan sambil belajar kononnya. Since adik aku ada kat atas tu tgh honeymoon anniversary, aku tumpang jap la mandi. and ikut dia p makan tghari. smpai apartment they all sewa tu dlm pkul 10.30pg, and check out pkul 11.30++ dekat pkul 12 mcm tu la.kitorang makan dekat kedai abang strawbery. harga dia ok-ok la. mahal jugak, nasi goreng ayam dalam Rm10.00-13.00. ala2 oldtown gitu. tp kedai tu cantik la. cantik yang biasa. banyak jual strawberry merah2 besar2 kat depan kedai. lepas makan, benda pertama aku cari adalah ice cream malaysia strawberry. dulu aku rasa aku beli 50sen kot. sekarang RM1.50, ada paling murah Rm1.20. lepas makan tu memula planning nak p sungai palas boh station, tp jammmmmmmmed gila. so, adik aku pun nak terus turun and balik kl.kitorang terus p kat apartment kot boleh check in awal. kalau tak boleh check in, kira lepak jap dalam kereta around 30 minit sebelum boleh check in pukul 3. luckily mr chau bg kitorang check in pkul 2.30 tu. since penat sangat and perlukan rest plus jammed yang amat. so kitorang pun tido ajelah. sampai pkul 6 mcm tu, bangun layan medina yang dah bangun tidur, mandikan dia siap2 and ajak husband, darwin and huda p pasar malam. turun lif, terus pasar malam depan jalan. mmg keluar dr apartment compound tu terus pasar malam. syok ngat aih. xsedar p pasar malam pun habis 100 engkau. hahahahahaha. teruk. sbb malam tu dlm pkul 9 mcm tu kami repeat sekali lagi. hurm.. burn lagi.. tp dah malas nak kira. dapatlah baju cameron medina sepasang, and t-shirt husband, bunga and cactus for me. jadilahhh.

malam tu kami kekenyangan dengan nasi, keledek manis, jagung sedap sumpah sedap, dan strawbery chocolate. makan sepuasnya. tp aku banyak makan strawberry gitu je. beli yang besar2, merah2.. confirm manis. yang kecik2 tu biasa masam. esoknya kami plan nak gerak pagi pagi p sungai palas breakfast kat sana. so, lepas kenyang ape lagi kroh3.. sebab medina pun dah ngekngek nak susu. tidurlah dengan kipas speed 1. xboleh tutup kipas nnti panas! hahahaha.

bangun pagi terlajak mak enon huh! astaghfirullah. dkat pkul 8, lepas susukan medina, aku suruh husband mandi dulu and lepas tu dia p sarapan dgn medina. aku kemas2 baju beg semua. baru nak mandi, medina poo poo. mandikan dia terus and dia p makan lagi. turn aku mandi, siap mandi nampak huda dah buat breakfast. megi tomyam. makan la megi tomyam panas2 dekat tempat sejuk. masyukkk oooo. hahahaha. habis breakfiast, aku punya turn pulak kemas segala mak nenek tu and huda pulak siap2. dalam 9.30-10 jugak baru kitorang turun bawah and check out. terus menuju ke sungai palas boh station. jarak dia 7km je, tp menurut waza 1.15minit ok. sebab jammmmmmed la ape lg. so, bertabah saja la. sampai atas dalam pkul 12 mcm tu sbb kena jalan kaki lagi naik atas. makcik xlarat.. hahahaha. but the view is SUBHANALLAH!
ya rabbi. this is what i want. feel so relax... alhamdulillah. lama jugak lepak kat atas. masa turun dekat carpark tu dah nak hujan, so kitorang mmg takda plan nak singgah mana2 la. balik terus. tp singgah jugak, darwin nak beli jagung lagi and me want to buy some strawberry lg. kita singgah lunch sekali. sedap!

kitorang sampai johor dalam pkul 1.30am and sampai pasir gudang dalam pukul 2.00am sebab singgah rnr sungai buloh utk dinner and alor gajah rumah darwin. now, tgh fikir planning utk pergi langkawi bulan 3 and pergi sabah taun depan bulan 8. early preparation is a must supaya dapat gunakan peluang sebaik mungkin. macam trip cameron kali ni no preparation, maka satu tempat je dapat cover. hahahaha. okbai!

 ni dekat restoran abg strawberry. cantikkan.. medina tanak dduk diam! 

 terpaksa bagi omar hana. hahaha

 this one! manisss...

 pasar malam brinchang. depan apartment je. 

 mahal gils. bolehlaa layan2 duduk kat atas. view yg mahal kot. hahaha

 love you! 

 parking kat bawah nun. semput makcik naik tangga. 

Subhanallahh... cantik sangat! 



No comments:

Labels