Tuesday, November 21, 2017

my TTC Story

Hi,

Harini tetiba rasa mcm nak throwback pulak kisah ttc aku ni.

Aku kawen tahun 2013 bulan oct and dapat tau pregnant medina aug 2015. So lebih kurang almost 2 tahun lah baru conceived.

Masa tahun pertama tu mmg rileks betul. Takda planning takda buat apa2 just tunggu dari Allah. Memang perangai pun tak matang. kalau gaduh dgn husband sikit je, dalam hati dah sebut mcm ni ke nak jd ayah. Tak nak anak lg perangai tak matang. Astagfirullah. Walaupun ada jugak baca2 sikit dan belajar waktu subur semua tp masih take it easy atas semua benda.

Then bila dah hampir setahun mulalah rasa mcm nak anak, makin kerap study and jumpalah blog ttc yang lain. So, dari situlah belajar apa masalah yang kita hadapi, period ok x, mcm mana nak conceived. Teknik dan sebagainya. Bagus betul orang yang share. Ada yang dapat, ada yang masih lagi belum dapat. Yang penting usaha dan doa kena seiring.

 For me pulak, kami tak pernah lg pergi klinik check kesuburan ke ape ke, belum pernah, tp hampir jugak nak buat kalau cecah 3 tahun. Tp semua yang jadi memang ada hikmah. Tahun pertama tu perangai kami kan tak matang lagi, walau dah bercinta lama, tp banyak lg perkara tentang husband yang kita tak tau. So, bg aku tahun pertama tu mmg sesi nak berkenalan dan bermanja-manjalah orang kata. And mungkin jugak dari segi ekonomi kami tak bersedia lagi. Yelah, ada anak bukan sikit2 pakai duit. So, kami belajar untuk kukuhkan financial.. So, bila muhasabah diri, dua perkara ni perlu kami fikirkan dan belajar manage it.

So, kiranya my TTC start when we enter our 1st anniversary. selain cuba menyediakan diri dari segi ekonomi dan pemikiran yang matang, aku ada jugak study pasal diri sendiri.

1st pasal hormon,
memandangkan period cycle aku saaaangaatttt teratur which is sampai aku boleh cakap, esok aku period. mmg akan period. sbb cycle aku 28 hari. mmg tepat2 28 hari. (sekarang no more. kadang 28, kadang 30, kadang 32, ikut suka dia). So, aku anggap aku takda masalah hormon.

2nd pasal cyst,
Ada jugak yang ckp, cyst ni pun ganggu kesuburan kita. Aku ada jugak baca tanda2 cyst ni. tp kebanyakan cyst ni pun akan kacau period. aku xpasti sangat betul ke x, tp yang aku pasti, aku tak rasa cyst.

3rd pasal saiz telur,
Ye yang ni aku ada baca, walaupun kita subur, opk (ovulation kit) mengatakan yang kita subur, tp adakah telur yang kita hasilkan cantik dan cukup besar dan sesuai untuk bersenyawa dgn sperm lelaki? ada one of ttc blog bgtau, selain secara perubatan, melalui mind set pun boleh buat telur kita ni membesar dengan cantik. So, setiap hari sepanjang minggu subur atau tak, akan sentiasa bayangkan and set mind yang my telur akan dilepaskan dengan saiz yang besar, cantik, sempurna dan sesuai untuk disenyawakan dengan sperm husband. telur menari2 gembira untuk mengorat the greatest sperm. kahkahkah. penting tau!

4th persediaan badan,
So untuk persediaan badan ni, ada beberapa supplement la yang aku ambil. yang pertama of course, banyak kalangan kamu semua tau. aku ada makan product shaklee, GLA dengan folic acid. dua ni aku amalkan. dan untuk suami pulak, makan nu-prep (mahal sikit) dgn zinc (memula beli shaklee, tp lepas tu beli kat farmasi, any brand, murah sikit). Nu prep tu maybe bekalkan tenaga supaya husband tak la letih sgt siang kerja berat, malam nak kerjakan lagi, :p Ada jugak bg husband makan vitamic E. untuk conceive it takes two to tango. remember this! kerjasama pasukan sangat diperlukan. selain tu, badan kena rehat, kalau ada sakit2 atau stress akan kacau mood kan? Jadi, jangan terlalu mengharap untuk dapatkan anak sgt sbb nanti boleh jadi stress and you all tak enjoy. hahahaha! penting!

5th Petua,
Ada jugak petua2 kawan2 sekeliling yang sangat supportive. contoh my ex colleague suruh letak gambar baby dekat wallpaper pc, dekat hp. letak gambar baby comel2. so, dia mcm ada aura positive untuk kita. ala, mcm kawan2 pergi kenduri pengantin ambil berkat.. gitu laaa. I do this! selalu scroll2 gambar baby comel. ada jugak petua chinese, my ex-boss suruh duduk atas kerusi yang preggy mom duduk. ada satu operator aku ni preggy, lepas makan, nnti dia bangun aku akan duduk atas kerusi yang dia duduk tu. pernah buat sekali.

6th jaga pemakanan.
Ni pun penting. aku sangat avoid air gas, air sejuk ais dan fast food. lebihkan makanan berkhasiat mcm kurma, delima. ni taklah kerap sangat aku makan. cuma aku mmg selalu ambil sayur lah. terutama taugeh. masak air atau bening, letak daun kunyit. wangi sedap! hhahaha. banyak makan sup sayur.

7th berurut
Ni aku ada pergi berurut dengan satu kakak, kak mas. rumah dia dekat kota masai jalan delima. kalau dari traffic light delima tu, rumah dia sebelah kanan, lorong ke2 atau ke3 mcm tu. tak ingat rumah no berapa. tp area rumah dia ada mesin air dr sukida kot. ke brand lain. mcm tula. Asalnya aku nak urut badan sebab sakit2 satu badan. and aku tanya QC aku pasal orang urut. dia suggestlah urut dengan kak mas ni. sakit..... tp sedap. hahahhaa. mcm mana tu? try la kalau nak try. dia ckp, kak mas ni pernah urut kawan dia dekat kilang lama, and pregnant. so aku pun try laa. lepas urut badan tu, dia urut rahim, betulkan position. dia cakap rahim aku keras, bersimpul urat.. mcm tula. tp mmg sakit. aku ckp kat dia sakit, urut slow2.. tp disebabkan sakit, dia ckp urat belum lembut, nnti urut sekali lagi. So adalah next trip berurut. period seterusnya aku datang lagi dan urut lagi. kalini dia ckp boleh rasa dah rahim aku. dah boleh nak betulkan. tp macam biasa, aku kan tak tahan sakit, so aku ckp next urutlah kak mas. kali ke3.. tp mana tau, lepas kali ke 2 aku urut tu terus dapat rezeki. Aku pun cadangkan dekat mmber kat kilang yang dah 3 taun tunggu. dia pun alhamdulillah, lepas 3 kali urut pun dapat rezeki mengandung. Kita usaha, kak mas usaha jugak betulkan position. yang bg tu Allah. kena ingat tu..

8th berdoa
Aku ingt lagi, masa tu bulan puasa. bulan 6 ke 7 mcm tu. tak ingat. aku tunggu sangat 10 malam terakhir tu. sebab aku nak buat solat hajat mana tau mlm tu malam lailatulqadar, malaikat dengar bawak doa aku terus pada Allah. Memang aku doa nangis2. aku siap mintak, sekurang-kurangnya bagilah aku rasa mcm mana nikmat mengandung. kalau belum rezeki aku lagi, ambil semula dan redhakan hati aku. tp kalau betul rezeki aku, pelihara kandungan aku dan sediakanlah aku dan suami aku supaya jadi ibu bapa yang terbaik. Kita usaha. ni bukan aku nak berlagak nak cerita mcm bagus ok. semua ni aku share supaya orang yang baca yang sama situasi mcm aku ni, dapat ambil input. aku berdoa mcm kau mmg letak hati kau 100% mintak pada Allah dan penuh pengharapan. mcm pisau dekat leher, kau cuma boleh mintak Allah je bg keajaiban Dia.

9th Teknik.
KahKahKah. ni kau google la blog ttc yg lain. bulan ni kau boleh guna teknik A, orang ckp teknik A ni bagus. bulan depan teknik B, orang kata teknik B berkesan. mana2 lah. kenapa aku ckp satu bulan 1? yela, sebulan sekali je telur dilepaskan. dan telur tu tahan sehari je. boleh guna OPK test kit check waktu subur yg tepat. di mana telur dah dilepaskan dan hanya ada 24jam je sebelum telur keluar sebagai telur.. So, pada minggu subur tu aku cadangkan keraplah baby dancing dengan your husband 2 hari sekali je bukan 2 kali sehari tau! hahahhaa. kualiti of sperm pun kena jaga. sperm boleh tahan 48jam atau 2 hari dalam rahim kita. so, good luck guys!

tetiba rasa nak bg adik dekat medina. tp nak conceive tahun depan, tp takut lambat dapat jugak. tp kalau nak try awal, takut terus conceive. mummy yang huru hara. tak pelah. kita cuba balik step2 atas ni slow2 kalau lambat. moga ada rezeki. aminn.

:*



No comments:

Labels